saya ini orang panas

saya ini panas orangnya.
kadangkala marah itu datang membabi buta.
dia datang dia pulang.
eh.. macam bangang?

saya bercakap tentang diri saya
itu tidak adil
diskriminasi
pilih kasih.
untuk menilai itu anda jadi saya beri jalan
saya berikan kebebasan

tapi kita balik pada pokok cerita
ya saya panas orangnya
saya awak mereka tahu.
nampak jelas.

mungkin sekarang musim hujan
jadi rasa itu sudah jadi suam.
cuma saya mintak tolong
saya merayu..
faham..
faham saya ini panas orangnya..
jadi jangan seret saya ke cahaya matahari terik.
saya bisa menggelegak.
mungkin bisa meletup jugak.

saya ini panas orangnya jadi maafkan saya.
salah dan silap saya.
sebab marah itu datang pada saya
bila suis marah itu dipermainkan.
di buka di tutup.
di buka di buka di buka
makin buka makin buka
buka lagi lagi buka buka buka
buka lagi buka buka lagi
maaf itu menyumbang ketelanjuran.
jadi maaf.

p/s: enam hari  tanpa tidur sebagai rutin harian, hanya sekadar aktiviti sampingan. kaki melangkah turun naik lompat gerak hentak.. otak kerja kerja pusing suntik.. hati di cocok robek di sagat.. (eh ini bukan kisah cinta) jadi setelah hari keenam pertahanan saya dibedil hebat. maka... dengan mudah amukan dilepas pada bihun goreng basah hidangan makan malam.. saya nak bihun goreng. bukan bihun goreng basah. jika bihun goreng itu maka dia kering. saya tak suka bihun goreng basah!!!! (oke bihun goreng basah hanya watak sampingan.)

Comments

alien said…
ko kene g jumpe alam sekitar ni, elok utk mengawal marah..
xcaya tye Hulk..
betul!
encekgadis said…
naik muntah aku jumpa alam sekitar.
tapi teringin pulak aku nak jumpa alam kadir.. eh?

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya