bukan angan

kira-kira 8 tahun dulu
aku dipanggil berdiri
depan kumpulan anak anak
baru kenal dunia baru
zaman mendewasa
tahap pertama

disuruh aku kenalkan diri.
ah menyampah!
untuk apa dipanggil kehadapan
untuk diketawa?
melangkah saja aku mula
sudah ada suara sumbang bingit.
ikut hati membara muda
mahu aku suapkan
satu persatu dengan
tempat duduk plastik mereka

tapi aku anak baru
jadi masih banyak perlu disimpan
aku pendekkan cerita
dengan lagak selebet
aku kenalkan nama diberi ibu ayah
asal
klise? ah ye.. rutin bosan
ditanya apa cita-cita
dengan yakin senyum
aku kata
penulis
ouh mahu nampak lebih hebat
penulis novel..
penulis novel itukan asing bagi anak-anak mentah itu..
jadi aku itu nampak gah..
cuma itu hanya pada aku
pada mereka
disambut ketawa berdekah..
sialan!

jadi ini aku lebih dewasa...
maka aku akan tunaikannya
akan aku panggil kamu semua..
eh mana si pengketawa
nah aku buktikan
aku ini bukan mat jenin dengan angan-angan.

moga DIA izinkan..
amin..

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya