Seorang aku bongkak pelupa diri

Aku laungkan pada dunia mukabuku juga cipcip burung aku ingin tinggalkan dunia maya ini seketika kira kira 3 minggu sehingga aku habis berperang tapi sayang.... Secara keseluruhannya aku gagal eh dem! Lusa atau esok untuk beberapa minit lagi aku akan mulakan pertempuran yang pertama, entah kenapa aku rasa payah benar perjuangan kali ini. Dan saat ini baru aku sedar kejauhan aku dari DIA aku malu pada DIA aku ini manusia terlalu gah berjalan sehingga lupa pemberi kaki untuk berjalan itu. Aku malu bila aku risau takut bimbang akan balasan NYA di saat genting aku inginkan sesuatu... DIA terlalu baik sehingga aku tak mampu angkat kepala lagi aku malu.... Jadi manusia tak reti bersyukur dan terus hanyut dengan semua yang DIA bagi percuma.. Aku tak mampu nak minta apa apa lagi aku malu.. YA aku tahu DIA itu maha pemurah jadi dari itu aku kian malu... Bila DIA berikan apa yang aku mahu bila diberikan aku rasa keseronokan aku hanyut lupa diri riak.. Aku takut rasa riak itu jadi raja membenih titik hitam dalam seketul daging.. Hinanya aku tak layak untuk harap lebih dari DIA cuma aku mohon agar DIA kuatkan aku dan redhakan aku dengan apa saja ketentuan DIA.. Menjadi manusia meminta minta ya sedar aku ini hina tapi aku hanya boleh minta dari DIA.. Bimbing aku dekat lagi padaNYA bukakan ruang untuk aku dan yang lain.. Tenangkan aku dan teman temanku permudahkan urusan kami.. Menjadi manusia sebegini aku malu.... Tapi saat ini aku memang tak berdaya entah mana pergi semangat perjuangan aku dulu entah aku tak kenal siapa menghuni seorang aku manusia hina lupa diri

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya