Surat Kepada Lelaki Saya

Surat Kepada Lelaki Saya.

Kepada Lelaki saya yang entah siapa dan di mana berada sekarang yang entah ada entahkan tidak.

Saya tak kisah siapa awak. Tapi awak perlu tahu siapa saya.
Saya tak cantik seperti yang awak harapkan. Saya tak ada sempurna yang awak perlukan.
Jika ini yang awak cari dari saya maaf mungkin awak bukan orangnya dan awak tak perlu terus baca surat ini.

Awak yakin awak tak harapkan apa yang saya tak ada? Ada banyak lagi.

Saya suka Redza Minhat sebab dia bijak handsome yang bonus dan manis hahaha. Saya suka Ali sebab dia dingin dan rambut panjang.  Jadi  saya akan terus suka mereka berdua dan melting dengan mereka dan tonton filem diorang sampai sudah.

Saya nak pergi gig. Saya suka kyoto protocol. Walau saya tak beli album depa dan tak juga hafal semua lagu depa. Tapi saya suka kyoto protocol. Tab saya ada gambar depa. Saya suka Fuad.

Saya nak pergi gig sebab saya nak jerit dan hanyut dengan  muzik yang kuat.

Saya kuat tidur. Tapi saya mampu berjaga untuk beberapa hari kerana kerja. Saya suka kerja saya. Sebab dia buat saya hanyut. Kerja dan kerjaya tu beza kan? Saya tak tahu lah saya suka atau tidak kerjaya saya.

Saya pentingkan keluarga saya. Kalau diminta untuk memilih awak atau keluarga saya. Saya pilih keluarga saya semestinya. Saya akan buat apa saja untuk keluarga saya. Dan selama ini apa adanya saya adalah kerana keluarga saya.

Saya bibliophile. Saya akan marah kalau buku saya kelepet sebab awak buat kita akan gaduh. Saya akan lupa diri bila saya masuk dalam dunia buku buku saya. Saya tak akan berhenti beli buku sampai duit saya habis. Saya suka sentuh buku-buku atas rak saya dan duduk berjam jam mengulit mereka, syurga dunia saya.

Saya sapiosexual. Saya suka orang bijak. Bukan bijak dengan degree kelas pertama tapi bijak sebab bagitahu saya apa yang saya tak tahu. Saya banyak tak tahu. Saya tak bijak.

Saya pernah jatuh cinta. dan semua tak berbalas. Itu jatuh cinta atau jatuh suka atau jatuh gila? Saya suka pada kawan baik saya dan saya salah rupanya itu bukan cinta. Itu cuma perasaan terbuai yang salah.

Kepada lelaki saya,

Masa saya tulis ni. Ada seseorang yang ada dalam kepala saya. Bukan hati. saya tak pasti itu awak atau tidak. Saya takut saya salah. Jadi saya anggap bukan. Maafkan saya. Saya akan buangkan dia cepat-cepat. Sehingga kita jumpa saya tak akan sediakan ruang yang ada untuk sesiapa. Saya tak pandai bergaul dengan lelaki. Saya tak suka lelaki sebab lelaki tak suka saya. Saya tak suka lelaki sebab pada diorang perempuan macam saya kaya dengan kekurangan jadi saya tak perlu mereka. Awak lelaki saya bila saya boleh cerita pada awak, apa sahaja termasuk tentang Redza Minhat dan Ali juga Fuad.

Kepada lelaki saya,

Awak tak akan jumpa apa yang saya rasa melalui apa yang saya cakap atau apa yang awak nampak saya punya riak. Tapi awak boleh baca apa yang saya tulis. Saya jarang menipu dengan tulisan saya. Awak lelaki saya bila awak tahu kat mana awak nak jumpa tulisan jujur saya. Saya suka berangan dan berimpian. Cita-cita saya besar saya nak jadi orang yang boleh bagi segalanya kepada ibu ayah saya. Saya nak ibu ayah saya rasa senang. Saya nak ibu ayah saya dimewahkan. Jadi ini mungkin alasan kenapa kita perlu dan akan jumpa lambat.

Kepada lelaki saya,

Saya suka buat kerja last minit. Blurr dan lurus. Kadang-kadang saya pun tak tahu apa yang saya buat. Saya perlukan orang yang dapat sokong saya untuk buat apa yang saya suka dan percaya saya. Awak jangan risau saya tak akan marah kalau awak main FIFA dan Pes saya tahu itu bukan perempuan simpanan tapi mungkin lebih daripada itu. Tapi tak apa sebab saya perlukan masa yang sama untuk hanyut dengan buku buku saya. Saya juga harap awak tak jeles dengan Gibran. Ukulele saya.

Kepada lelaki saya,

Saya mungkin akan balas mesej awak dua tiga jam atau dua tiga malam lepas awak mesej dan angkat call awak lepas empat lima kali awak call. Tapi awak kena tahu saya akan eksaited terlampau bila dapat mesej dan call awak cuma, saya jarang ingat kat mana saya letak phone dan dah berapa lama saya tak topup.

Kepada lelaki saya

Saya tak suka orang teka dan meramal apa dan kenapa saya buat sesuatu. Awak perlu tahu dari saya sendiri. Kalau awak ada kepercayaan saya awak akan dapat jawapan sebenar. Awak tak perlu buat tanggapan sendiri. Saya benci tanggapan yang salah.

Kepada lelaki saya

Saya post surat ini pada 11/6/2012 Sebab tarikh ini untuk kali pertama saya buat kerja gila. Dan... saya menyesal. Tapi surat ni saya tulis pada 11/6/2014 sambil tengok cerita KIL dan Redza Minhat. Hahaha. Ulang tahun kedua saya rabak. Saya rasa saya dah move on kadang kadang tak. Jadi nanti awak datang saya harap saya dah betul sedia dan move on. Terima kasih kerana membaca. Lelaki saya, saya suka lagu butterfingers.  Kalau awak lelaki saya, carilah lagu Mati hidup kembali pada dinding mukabuku saya dan saya hanya perlukan suka (baca : like) dari awak. Cuma nya saya hanya akan berkongsi lagu itu saat saya sudah sedia selepas tarikh 11/6/2014 =) maka carilah nanti. Sehungga saat ini kesediaan saya belum ada.

Kepada lelaki saya

Awak nak teman saya tengok cerita KIL dengan Kami The Movie banyak banyak kali?

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

minimalis

change