cerita kau dan aku

cerita kau dan aku.
aku cerita pada kawan aku
cerita kau dan aku.
segala yang baik tentang kau buat aku.
segala yang bikin aku gelak ketawa gembira
segala tentang kau warna hidup aku.
dan aku cerita
cerita kau dan aku
tiada permulaan pertengahan
tapi dah sampai pengakhiran.
ini pengakhiran.
kau dan aku.
berhenti.
titik.
cerita kau dan aku.
mula awalnya terima ini
ia tak mudah
hendak terima atau tidak itu bukan misi utama
tapi untuk tiada itu sakit amboi tak terhingga
cerita kau dan aku
indah ya segala ceria
tentang segalanya tentang kau dan aku
kenangan ..
kenangan tinggal cuma
cerita kau dan aku
betapa aku tak mampu untuk tanggung kehilangan itu
pantang di sentuh di cuit
mudah saja memberang membengis
mengamuk membaran
sebenarnya
lebih melepaskan tentang hilang cerita kau dan aku.
kini kau dan aku sudah bukan cerita lagi
sudah memori
cerita kau dan aku
segala tentang kau masih aku simpan rapi
tak mungkin aku padam tak mungkin aku buang.
cerita indah mimpi ketawa
mana mungkin boleh lupa
sudah takdir tidak mungkin terus cerita kau dan aku
kau dan aku dulu.
tak mungkin hari ini atau satu hari nanti tak pasti.
sudah tiba masa aku terima.
cerita kau dan aku sudah tiada.
terima kasih untuk masa lalu.
aku sudah nekad terima.
kau tiada.
walau ada sekelumit rasa kesal.
cerita kau dan aku,
bukan kesal aku kerana luahan seketul daging yang dipendam selama ini tak diterima
tetapi..
kesal kerana luahan seketul daging yang dipendam selama ini membunuh terus sebuah hubungan dipanggil persahabatan.
setelah berkali aku ulangkan.
tidak aku salahkan keputusan
aku terima cuma belum sepenuhnya membiasa.
satu-satunya sahabat
sahabat yang benar-benar sahabat itu sudah tiada...
tidak mengapa.
mungkin aku perlu lupakan segalanya tentang seketul daging atau sebuah perhubungan
tumpuan utama pada cita-cita.
pada ceritera hidup aku..
masa itu akan tiba.
aku perlu melangkah.
terima kasih untuk segalanya.
semoga aku benar redha..
macam pernah aku kata.
kau tetap kawan aku.
sahabat aku sampai bila-bila.
walau kau rasa kita perlu terus kekal seperti ini.



aku pernah kongsikan ini.
dan bila sekali aku kata teman.
selamanya akan teman..

semoga terus dengan kejayaan.
sokongan aku berterusan.
tak akan henti.
sebab
aku memang sahabat yang manis =)
zero to pro?
tak ada yang mustahil.
terus letak kepercayaan
dan kau jumpa kejayaan.

bila kau lihat perbezaan antara kau dan sekeliling
jangan kau rasa di bawah
kau juga berbeza
punya kelebihan
jangan rasa rendah dan putus asa
kau lihat bila kau percaya kau berjaya.
untuk segala yang kau cita-citakan
untuk segala yang kau impikan
moga Tuhan beri segala kebaikan.

jika kau rasa kau perlu sokongan jika kau mahu sebarangan bantuan
jika kau perlu sahabat
kau tahu aku akan ada.
bila saja aku masih berada
selagi Tuhan izinkan.

bila kau perlukan kawan
tak perlu aku bagi tahu jawapannya.

untuk hampir dua bulan..
insyallah aku sudah boleh terima.
walau dari sudut jauh
aku kata aku masih perlu teman itu
untuk buat tempat bicara ketawa.
tapi tak apalah
Allah itu pengatur hebat.


p/s: aku ini bukan orang kuat.. tetapi bila diminta persandaran secara automatik kelemahan aku hilang. aku tidak cukup baik untuk menjadi seorang aku tapi aku berharap aku boleh jadi baik untuk seorang teman.

oh ya.. aku sedikit ralat bila saat bersama pacai yang aku idamkan selama ini tak dapat dikongsi bersama.. tak apalah.. biar kami berdua bercerita.. gibran juga ada..

perkara yang susah untuk diterima = KENYATAAN.

sekian.. jangan bimbang aku akan terus ketawa...



Comments

aku tau.. dari sudut kecil itu.. kau juga insan kuat..

lemparkan cerita ini pada sang bayu.. moga kau terus kuat dan tak akan layu.

Salam Ramadan geng!.. =]
encekgadis said…
terima kasih kerana mempercayakan aku dengan kekuatan yang kadang-kadang sendiri tak tahu..

salam ramadhan juga!
moga ramadhan kali ini lebih bermakna.. =)

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya