terus tenang dan baca fixi

Fixi vs Popular.
sebagai seorang penggiat arena baca membaca separa sedar
adalah saya sangat menentang pengharaman buku dengan alasan permasalahan bahasa.
oh ya sebelum itu, bagi anda yang terkeliru dan tidak nampak apakah yang telah dan akan saya perkatakan sila lah google dan cari sendiri isu fixi dan popular ini. Popular kedai buku ya bukan populariti.
tidak lah mahu saya cerita di sini apakah yang berlaku secara kronologinya. sebab saya malas.
bagi sesiapa yang jugak malas untuk mendapat maklumat lebih jelas tentang isu ini lebih baik tidak meneruskan bacaan bimbang akan menimbulkan kekeliruan identiti.. sekian.
baiklah kita sambung kepada rencana utama.

adalah menjadi hak sesebuah kedai buku itu untuk memasarkan atau tidak sesebuah buku itu.
tetapi alasan tentang penggunaan bahasa  bukanlah satu pemilihan yang tepat.
fixi menampilkan buku-buku dengan genre pulp-fiction maka perlulah penyampaian yang bersesuai dengan tema mereka.
jika penolakan dilakukan kerana faktor jalan cerita yang tidak sesuai ya mungkin boleh diterima. tetapi atas alasan bahasa amatlah tidak saya berkenan.

terbaru terdapat ulasan dari pihak syarikat penerbitan mainstream yang menyatakan bahawa buku fixi menggunakan bahasa melayu rendah. pertama sekali tidaklah saya berkenan juga apabila mereka masuk campur dalam hal ini. mereka sebagai sebuah syarikat penerbitan tidak perlu untuk menyatakan pendapat yang bersifat pro-popular itu kerana sebagai organisasi yang berada pada bidang yang sama mereka seharusnya tidak mempertikaikan apa yang di bawa oleh fixi. mereka melabelkan bahasa digunakan fixi sebagai bahasa melayu rendah. mohon penjelasan sejak bila bahasa dikastakan? ada rendah ada tinggi ada brahmin ada pariah? ada bangsawan ada hamba? pernahkan mereka membaca kesemua buku fixi? apakah kerendahan bahasa itu melambangkan kerendahan taraf sosial mereka? maka dengan itu kerendahan bahasa membolehkan mereka itu dipandang negatif?

di sini ingin saya persoalkan apakah pembaca yang membaca itu membaca untuk belajar bahasa atau mendalami jalan cerita? seseorang pembaca akan berada pada satu-satu ayat dalam tempoh beberapa saat sahaja. apa yang lebih penting adalah mendapat gambaran tentang jalan cerita yang di sampaikan. maka tidak sempat rasanya mereka ingin terpengaruh

jika kita lihat buku-buku fiction sekarang kebanyakan menggunakan ayat yang lebih santai bagi menarik minat membaca. kerana fiction adalah fiction dan fiction bukanlah fakta. siapa mahu membaca novel dengan menggunakan bahasa setinggi bahasa dalam perlembagaan. jika perkataan celaka, bangang itu menjadi isu. maka silalah banned juga filem-filem seperti remp-it adnan sempit dan sebagainya yang menggunakan bahasa yang lebih kurang tarafnya.

beginilah mudahnya.. fixi tidak melahirkan sesuatu untuk mempengaruhi masyarakat tetapi kehidupan masyarakat kita lah yang mempengaruhi penulisan fixi. fixi bukan mencipta satu dunia baru tapi mengenengahkan dunia hidup masyarakat kita. mungkin yang menjadi masalah ialah kita tidak mahu menerima kenyataan aksi sebenarnya masyarakat kita.

senang cerita walau apa di banned popular saya akan tetap menyokong fixi !

terima kasih fixi kerana mengembalikan sitora harimau jadian buku tulisan p.ramlee. sitora harimau jadian juga pernah difilemkan tetapi satu-satunya filem yang tidak dapat dikesan keberadaannya. mohon fixi masih terus bertahan!

saya sedang menggunakan bahasa bahasa melayu tengah. adakah anda teruja membacanya? oh baiklah. terima kasih..

occupybantahanpengharamanbuku.

p/s: kita perlu buku yang jujur bukan sekadar berimaginasi yang melalaikan. happy ending bukan kehidupan sebenar.

kita perlu kepelbagaian jenis bacaan dan jalan cerita dan tidak statik pada kisah klise. cerita cinta yang hanya semakin melalaikan dengan banyangan bayangan palsu.  lelaki kacak tampan kaya romantis... mampoih la nak baca boleh tapi tak kan duk baca yang tu je. haih.

eh.. dah lama saya tak tulis pepanjang gini eksited betei.



TERUS TENANG DAN BACA FIXI + LEJEN PRESS + BUKU HITAM PRESS + SINDIKET SOL-JAH + DUBOOK + SELUT + NEON + BUKU-BUKU ALTERNATIF LAIN..






Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya