awak...

hai awak...
terima kasih kerana datang teman saya petang ni..
dah lama jugak kita tak jumpa kan?
saya suka bila awak ada..
bau awak menenangkan saya.
membuat saya rasa lapang
walau jarang-jarang kita bersama
sebab awak jauh.. jauh sangat..
tapi awak tetap dalam hati saya..
tetap istimewa..
walau kehadiran awak kadang-kadang menyakitkan saya
malah ada juga yang membenci awak..
tapi tak apa... awak untuk saya tetap yang paling istimewa.
awak mendamaikan.
membuat saya terbuai..
lagu yang awak bisikan merdu menyinggah ruang pendengaran saya
masyallah awak yang mendamaikan
di hantar Tuhan untuk meneman.
awak yang saya sayang dan selalu rindu
terima kasih kerana selalu ada untuk dirindu
untuk awak,,,
terus hujani bumi
kami setia menanti.

awak..
si titis hujan...
saya rindu... =)


Comments

saya juga rindu pada 'awak' itu..

serius. rindu pada bau hujan juga..

=)
encekgadis said…
bau hujan boleh buat ketagihkan...

rindu 'awak' sangat!

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya