kadang kadang awak nak dia pergi. tapi awak gembira gila bila dia ada. awak nak dia gembira dalam masa yang sama awak harap awak yang menggembirakan dia.
notepad, nota pelekat cinta kau 3
“How is your day Tia?” soal Haridz sebaik sahaja melabuhkan punggung duduk di kerusi di sisi kanan Tia. Dah 3 hari dia di tahan di hospital ni dah bosan gila dah. Bila la nak sihat aku nak balik la bosan duduk sini nasib baik Arid ada datang hari-hari. Dialah yang jaga aku 24 jam. Tak adalah 24 jam sangat lebih 12 jam dia tidur je. Hari ni Haridz datang petang sebab dia ada kelas. Semalam dia ponteng. Kawan serumah ada jugak datang melawat tapi aku faham diaorang sibuk datang sekejap je. Alah lagipun bukannya teruk sangat sakit aku demam je. Makan panadol boleh sihat. Rina tu lah kecoh sangat bagitahu Haridz tengok dah kena duduk hospital plus lecture free daripada Haridz. Mamat tu kalau dah bagi lecture tujuh hari tujuh malam pun tak berhenti naik bernanah telinga. Tapi dalam pada tu syukur ada kawan macam Rina dan Haridz sebab ambil berat tentang aku. Paling kurang ada jugak yang nak kongsi kasih sayang. Aha! Bunyi macam gedik. Lantakkan. “Weyh aku tanya nie macam kau hari ni?” suara...
Comments