Hidup

Dulu masa kecik kecik susah benor rasa dapat apa yang aku nak
Dapat memang dapat tapi perlu ada timbal balik.
Contoh aku nak kereta control maka aku perlu lakukan sebegini sebegini dahulu.
Payah memang lah payah
Nak makan sedap tunggu hari tertentu
Apa apa mahu ikut seadanya sahaja
Tapi ada jugak kadang kadangnya permintaa ditolak
Di atas ketidak relevancenya

Tapi dari itu aku dan akak diajar untuk kental bagi apa yang kami mahukan
Buat aku akak tahu bertapa berharganya suatu usaha dalam merealisasikan kehendak.
Sehingga sekarang kami bawa itu
Ayah ibu selalu pesan ada banyak dapat banyak
Ada sedikit dapat sedikit
Jangan ikut orang
Sedar siapa kita jangan terikut ikut kesenangan orang

Alhamdullilah rezeki itu ada Allah beri..
Sedikit demi sedikit

Cuma apa yang aku perhatikan sekarang ni kehendak terlalu bermaharajalela pada usaha dan kemampuan
Terlalu mudah untuk meminta supaya direalisasikan impiannya
Terlalu mengaggungkan kehidupan yang dirayakan masyarakat sekeliling tanpa melihat ruang lingkup kehidupan sebenar
Utamakan apa yang perlu
Dan jangan selalu sangka kehendak akan terus direalisasikan dari tangan tangan asing

Cubalah kamu menikmati kesusahan nescaya akan rasa indah kesenangan..
Dan jangan kembali pada DIA hanya apabila jalan impian kamu rapuh hancur dan patah
Kerana semua pada kita milik DIA....

Comments

alien said…
org yg tahu erti payah pasti menghargai masa senang.. ye dak?
hehe
encekgadis said…
Itulah pasal.. bila aku tengok sekeliling aku.. aku jadi tak bekenan betul.. menghambadiri pada kehendak dan menganaktirikan keperluan terus bergayutan pada yang lain haih..

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya