rabak

dua tiga hari ni macam ada yang tak kena
satu rasa yang seronok tapi cuba aku nafikan
aku takut aku bimbang
trauma dan fobia.
denyut jantung laju macam nak pecah
tapi tak sakit dia bawa ketawa
cuba aku padam cuba aku sekat

aku mohon Tuhan berikan aku jalan
aku mohon supaya di simpan.
dan mungkin...
apa yang aku baru dengar jadi jawapan
di sisipkan Tuhan?

tersentak
tergamam
tergumam
aku tak tahu apa yang aku rasa ni.
aku tak tahu kenapa pipi rasa memanas dan mata terasa pedih

tapi ya lega. sebab aku yakin ini jawapan pada semua tanda tanya.
mungkin aku perlu henti.
itu aku tak kisah masih berada di peringkat awalnya.
belum sampai tahap serius.
masih fasa permainan perasaan.

tapi....
aku sedih..
sedih tentang sesuatu itu. satu itu..
kenapa dengan sengaja awak lalu atas jambatan rapuh
hanya untuk capai satu awak mahu
bukan awak boleh tunggu jambatan batu siap
tak lama sekejap sahaja
mungkin awak dapat capai apa yang awak mahu
tapi mungkin jugak awak jatuh ke bawah
ke sungai dalam
untuk panjat ke darat kalau awak selamat pun payah
macam mana kalau awak terus hanyut?
awak fikir tak?
awak baik terlalu sempurna
menenangkan dan bahagiakan
tapi kenapa?
kenapa awak kena sia sia
aku tak kecewa atas jawapan tentang rasa sebelum ni
aku kecewa dengan awak
ya dengan awak
sedarlah sebelum terlambat
aku doakan awak.
aku doakan...

awak tolonglah sebelum semua terlambat
awak tolonglah...
saya hanya mampu doa.


ini lagu aku cari tiap kali rasa rabak....terkejut terkesima tak percaya.
manusia.
lagi baik aku petik di jalanan..


Comments

Popular posts from this blog

minimalis

notepad, nota pelekat cinta kau 3

change