Sejak reti dengar band yang bukan artis tapi performer ni Dah tak lalu sangat dengar lagu band yang artis. Sayang aku kenal depa lambat Ha ha ha. Aku mana ada abang yang nak expose aku dengan benda benda gini Kawan kawan aku pun tak ada yang expose dengan muzik yang diperjuangkan kerana dia muzik ni Kawan lelaki aku pun. Berapa kerat nak layan aku cerita pasal muzik Kawan aku memang tak berapa nak kerat sangat Aku memang lost pasal muzik Tapi aku suka Metal grunge reggae ska alternatif Entah apa apa genre lagi. Walau ye lah aku tak ada lah tahu apa sangat secara deep. Sekadar bukak youtube tengok gig. Mv. Kesimpulanya depa genius Aku suka instrumen muzik klasik yang disatukan dengan muzik keras Padu bak kata loque Aku kenal loque butterfingers pun bila emmet dah pi canada. Dan bila loque bermonoloque. Mencari sendiri benda yang boleh bawak aku hanyut. Bawak aku lari dari dunia yang buat aku lupa hidup perlu punya diri sendiri Bukan hanya angguk ikut dan melal...
cebisan nasi di pinggan aku telan pelan-pelan mungkin ini yang terakhir mungkin esok tiada lagi ke kerongkong nikmati rasa pahit manis pedas sedap seketika di lidah dan terus hanyut ke saluran pencernaan merembes asid memperkecil molekul dibahagi rapi disimpan dibuang. satu kitaran tak pernah henti selagi nafas berhembus selagi oksigen tersedut selagi jantung mengepam selagi Tuhan izinkan
Hai Malam! Malam. Peluk aku erat. Telapkan bunyi suara. Telankan bunyi cerita Dengarkan jerit aku bisu. Malam, Cerita sama dinding dinding batu Cerita sama kaki kaki kayu Cerita sama kapas kapas terbang Telan kata kata Satu satu Telan satu satu Telan Hujan terlalu lebat untuk ditadah Siang terlalu bingit untuk diredah Terserah
tidur awal esok kena susun balik jadual tiga hari sebelum final. biar lambat jangan terlambat. tekal. cekal usaha! jangan menyerah. satu satu abaikan orang lain. husnuzon.. insyallah..
merata-rata merata-rata aku lihat kebencian. naik muak aku rasa melihat semua berlumba-lumba membuktikan dia yang benar mereka yang salah. gila sudah tahap sabar aku pun bersepah sudah tak terarah. buat semua hijau biru kuning merah hitam putih ungu violet jingga walau apa pun warna yang kau juangkan sudah mana kau bunuh kejiwaan rasional? sudah ke mana arah ajaran Tuhan yang selalu kau laungkan pada orang seperti aku yang serba kejahilan? gila! sejak bila kebenaran itu benar mutlak pada kau sa-orang? atau segerombolan sejak bila kuasa bersuara dan perjuangkan hak kebenaran itu milik kau sa-orang? atau segerombolan. sejak bila kau sudah berkuasa menjadi Tuhan untuk menghukum menilai. sejak bila? itu kau sa-orang? atau segerombolan melabel dengan penuh rasa benci apa ini yang agama kau ajarkan? kau laungkan tentang agama tentang kebebasan apa ini yang kau maksudkan kebebasan? bila aku kata aku tidak percaya kau kata aku buta kau kata aku hamba kau kata aku ini manu...
masa berputar deras sungguh kan? tak sempat nak toleh kiri kanan. tunggang terbalik sem ni hampir ke peringkat terakhir. exam. aku manusia mengorientasi peperiksaan. kasihan sama diri sendiri heh. hari berlalu masa mendewasa semoga aku terus gagah. dan saat itu , biasa kenangan menyinggah kenangan memang untuk dikenangkan? hai dunia makin parah dalam kotak batu empat segi ni aku bermeditasi. menghadap realiti tak banyak mampu dibukti. terus mengikut jalan yang sesak dengan manusia atas alasan serupa. tak apa satu hari nanti si aku nanti. satu hari nanti.