dari saya yang buta

merata-rata
merata-rata aku lihat kebencian.
naik muak aku rasa melihat semua berlumba-lumba membuktikan dia yang benar mereka yang salah.
gila
sudah tahap sabar aku pun bersepah
sudah tak terarah.

buat semua hijau biru kuning merah hitam putih ungu violet jingga
walau apa pun warna yang kau juangkan sudah mana kau bunuh kejiwaan rasional?
sudah ke mana arah ajaran Tuhan yang selalu kau laungkan pada orang seperti aku yang serba kejahilan?
gila!

sejak bila kebenaran itu benar mutlak pada kau sa-orang? atau segerombolan
sejak bila kuasa bersuara dan perjuangkan hak kebenaran itu milik kau sa-orang? atau segerombolan.
sejak bila kau sudah berkuasa menjadi Tuhan untuk menghukum menilai. sejak bila? itu kau sa-orang? atau segerombolan

melabel dengan penuh rasa benci
apa ini yang agama kau ajarkan?
kau laungkan tentang agama tentang kebebasan
apa ini yang kau maksudkan kebebasan?
bila aku kata aku tidak percaya kau kata aku buta
kau kata aku hamba
kau kata aku ini manusia gila rela dipinjak dihenyak.

mata aku bukan mata kau
otak aku bukan otak kau
spesifikasi pemerhatian aku bukan seperti kau.

bila aku berkata kau kata jangan cepat melatah
bila aku bersuara tanda juga tidak puas kau kata sudahlah kenapa perlu bising
apa kebisingan itu milik kau sa-orang? atau segerombolan.

dilempar kata dusta penuh serapah. apa ini yang tuhan kau ajarkan?
aku dah bosan menyampah benci.
apa kerana kau ramai jadi berani mu menjadi jadi.

`apa gunanya merdeka jilat bontot depa apa guna merdeka. bila kawan ramai keliling kita cakap besar tunjuk belang, bila kita sorang-sorang pengecut pemalu macam semua orang. huh?'

yang salah tetap salah
kenapa perlu sorokkan aku tak belah mana-mana
cuma bila aku tengok usaha memupuk kebencian itu makin menjadi aku rasa manusia kian gila.
gila kuasa.
nak marah?
katalah apa sahaja.
kerana setiap telahan tidak benar itu fitnah.
sudah menjadi hobi menfitnah
atas semua isu yang ditimbulkan
yang disebarkan tanpa kesasihan dunia penuh penipuan
kau penuh ampuan.
syaitan kau telah berjaya
bertepuk tanganlah
manusia sudah berantakan.

aku cuba menghormati
tapi hormat tiada buat mereka sebegini
sudah tiada
ketaksuban melampau bermaharaja
jangan kau jual tuhan manusia.
jangan kau jual untuk kau buktikan kebenaran
lupa sudah?

yang salah untuk diperbetul
yang lupa untuk diperingat
bukan untuk dipersalah
untuk dipersalah
dipersalah

saya dengan ini menuduh semalam santa claus telah mencuri hati saya. dan kemudian santa claus telah beri sekotak hitam berisi jejaka kacak untuk menemani hari - hari saya.

ini fakta. percayalah! tak percaya tanya kawan saya. saya dah cerita kat dia dia percaya. sudah ramai percaya. awak kena percaya juga. jika tidak hati awak buta. tak nampak kebenaran.

kenapa perlu dibanggakan balasan manusia sediakan Allah itu balasanNYA maha hebat.

kuasa menjadikan manusia buta.

masa depan kabur itu diperjudikan. sedang hari ini kau siakan.
ia kau sempurna

sekian daripada aku. yang sedang buta melihat kebencian.

aku dibayar untuk menulis post ini. percayalah. aku dibayar RM10 cukuplah untuk buat makan dua hari. esok aku tulis lagi dan pasti bayaran lebih mahal. atas kesadaran yang berada dalam diri tanpa kuasa bersuara. kaum minoriti aku ini kerana masih buta sedang aku telah ditindas dan dikejami. sekejap nak pergi SMS obama nak mengadu ke dia. tulis post panjang mana cukup RM10. no maxis tak topup lagi ni.

rasuahlah hati saya.

nampaknya mark zurkerberg sudah berjaya. manusia seagama sudah berpecah.
tahniah mark!






Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya