Muzik

Sejak reti dengar band yang bukan artis tapi performer ni
Dah tak lalu sangat dengar lagu band yang artis.
Sayang aku kenal depa lambat
Ha ha ha.
Aku mana ada abang yang nak expose aku dengan benda benda gini
Kawan kawan aku pun tak ada yang expose dengan muzik yang diperjuangkan kerana dia muzik ni
Kawan lelaki aku pun.
Berapa kerat nak layan aku cerita pasal muzik
Kawan aku memang tak berapa nak kerat sangat
Aku memang lost pasal muzik
Tapi aku suka
Metal grunge reggae ska alternatif
Entah apa apa genre lagi.
Walau ye lah aku tak ada lah tahu apa sangat secara deep.
Sekadar bukak youtube tengok  gig.
Mv.
Kesimpulanya depa genius
Aku suka instrumen muzik klasik yang disatukan dengan muzik keras
Padu bak kata loque
Aku kenal loque butterfingers pun bila emmet dah pi canada. Dan bila loque bermonoloque.

Mencari sendiri benda yang boleh bawak aku hanyut.
Bawak aku lari dari dunia yang buat aku lupa hidup perlu punya diri sendiri
Bukan hanya angguk ikut dan melalui jalan dijalani majoriti manusia
Mencari.
Dan terusan.
Bercerita tentang apa kita suka dan orang boleh terima
Satu dalam seribu
Mereka dengan pemikiran mereka dan aku?
Aku dengan kemahuan yang memuncak
Memuncak yang tertahan.
Kau faham rasa dia? Rasa macam sesak nafas
Tak cukup oksigen nak dihantar ke paru paru
Tertahan.
Tak ada mahu teman aku?

malam. Mata masih mahu berkelip tika ini 2 pagi. Rasa macam nak tengok kami the movie. Entah untuk kali ke berapa. Zine gig muzik persahabatan. Kita terlalu disogok kisah penyudah gembira dan alir cerita tentang bahagia derita cinta. Dan bukan tentang hidup susah jiwa dan ketidaksempurnaan yang sempurna dengan terusan dibiar tanpa kesempurnaan dan diterima.

P/s: merai bait kata malique. Salute! Manusia dah tak suka pakai otak berfikir, kan?

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya