rasa cerna
cebisan nasi di pinggan
aku telan pelan-pelan
mungkin ini yang terakhir
mungkin esok tiada lagi
ke kerongkong
nikmati rasa pahit manis pedas
sedap
seketika di lidah
dan terus hanyut ke saluran pencernaan
merembes asid
memperkecil molekul
dibahagi rapi
disimpan dibuang.
satu kitaran
tak pernah henti
selagi nafas berhembus
selagi oksigen tersedut
selagi jantung mengepam
selagi Tuhan izinkan
Comments