Kalau Aku Kaya
kalau aku kaya.
aku beli semua
termasuk kau.
walau aku tahu
jika yang pada aku itu cuma
kau dan bukan seluruhnya
asal punya sudah cukup
kalau aku kaya
aku akan kurung mereka-mereka
supaya dijauhi kita
supaya hari ini esok dan semalam
hanya milik berdua
walau aku tahu
jika yang ada pada aku itu
cuma kau dan aku
apa lagi aku mahu
jika semua tentang itu semata aku perlu
tapi apa makna kau jika
nilainya harta wang semata.
aku mungkin boleh beli segalanya
kalau aku kaya
tidak kau
hati kau punya kau milik DIA
tak termampu untuk dibeli aku
maka pergilah...
Kalau aku kaya sekalipun
tak akan pernah aku berjaya beli
sekeping hati
mahupun milik aku sendiri.
Comments