keluh

sejahtera ke atas kamu
otak menerawang terbang dan terbang.
terpendam sa-orang.

bersama 'teman sekerja' aku perlu menjadi seorang jauh dewasa
bersama student aku perlu menjadi seorang lebih muda pemikirannya
bersama teman aku perlu sentiasa menerima apa sahaja
sekadar menerima terus menerima
mengikut membuntuti

dalam aku gejolak lama
semua dikawal dihalang disuruh suruh
ditunjal tunjal pikir aku pada penerimaan sekeliling
apa hidup aku tidak dihakkan pada aku?
dimilik pada DIA satu itu aku tahu.

aku tak gembira
aku tak suka
semakin aku cuba menekan untuk menerima
semakin tertolak ke atas hampir meletus kesabaran.

seharian teman aku kian tiada
terlalu sibuk pada perkara-perkara yang tak pernah buat aku ketawa

aku seolah bernyawa pada satu jasad yang entah punya siapa
kosong lohong jiwanya.

terasa berdiri ditiup angin terlambai ke kanan kiri bersepai ke sana sini
mengapa perlu ketawa dipermain apa aku rasa
apa cinta aku.
apa aku mahu curah segala

buku buku aku muzik muzik aku
fahaman ideologi aku
mengapa perlu dipertikai segala.

aku bosan
dengan rasa jahanam ini
tak pernah kau faham
apa rasa
punya diri tapi tak dipunyai
apa kau tahu
apa difaham?





Comments

Faaeinz said…
rasa jahanam?
janganlah sampai jadi macam tu..

update blog weh..
lama dah tak singgah2 macam dulu..
;D

encekgadis said…
faien 'jahanam' metafora wakaka..
tiap-tiap hari aku buka new post
tak tertulis je..

praktikal sibuk =((
sedih
Faaeinz said…
haha... metafora ya..

owh yelah.. esok dah nak mula sekolah..

praktikal bebaik.. =)
encekgadis said…
awak.. awak arigatou ney.. saya sibuk dengan hal duniawi. heh bencik

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

#764