Buat aku
Semalam berpeleseran , berjimba ketawa berdekah
Sama mereka. Sahabat yang aku kenal 9 tahun lalu.
Dah lama tak jumpa macam macam cerita keluar
Dan topik paling sedap adalah tentang
Bila nak kahwin dengan siapa.. heh..
Gatai nau...
Tapi bak kata miela 25, 26 is the best time nak pikir mende tu.. so sekarang hold on dulu keh3..
Depa duk kenen kan aku dengan kawan sekolah kitorang dulu.
Ceh..
Buat tak tahu.
Budak tu baik kot
Nak dibandingkan dengan aku macam langit dan bumi
Entah
Aku ni banyak kelemahannya
Dan bila cakap pasal benda ni aku jadi malas
Samar samar je aku nampak
Makin lama makin kabur.
Dah tak ada hati untuk ke situ.
Gila kepala aku bukan boleh diikut sangat
Tak ramai boleh terima
Ah lantak
Tak yah la cerita pasal ni
Dengan aku.
Sejak dia, dah payah.
Dia jadi benchmark yang payah.
Terlalu baik sempurna.
Sehingga susah aku nak cari pengganti.
Susah.
Walau tak pernah terjalin apa apa
Aku yang syok sendiri
Tapi....
buat setakat ni biar aku lepaskan diri aku
Buat apa aku mahu
Jodoh tu rahsia DIA
Bila, siapa, itu kerja DIA.
Aku serahkan segalanya
Walau dalam otak aku selalu duk mainkan rasa
Tak akan ada siapa sudi.
Kelemahan berlapis macam lemak kat badan ni. Heh.
Entah.
Malas nak fikir
Apa sebenar motif aku ni pun tak tahu
Kucarlana kuberlana.
Aku hanya suka menjadi aku yang terselebung tanpa ditahu siapa.
Aku suka bila dinilai dengan ragam bermacam
Tapi tetap aku adalah sesuatu yang masih jadi tanda tanya
Selamat malam! Maaf kamu2 kerjaan dunia menghambat aku lari dari maya.. maka jarang mampu berkarya. Maaf ya?
Comments