Tentang percaya

Aku tidak percaya pada perhubungan
Dan menjauhkan dari perbicaraan tentang perkahwinan
Mungkin aku sudah hilang percaya
Rasa takut dan risau paranoia sudah menyaluti percaya sehingga kabur dan hampir pergi seluruhnya.

Satu hari nanti kita akan tinggal sendiri juga bukan?
Satu hari nanti orang kita sayang tetap akan pergi
Aku tak percaya perhubungan atas cinta sayang sekadarnya
Aku tak percaya.
Hubungan itu segalanya sudut artificial materialis
Sedang aku sendiri melihat pada sudut artificial dan materialisnya.
Dan kerana artificial dan materialis aku tak percaya pada perhubungan

Hidup
Aku hanya mahu warna
Turun naik jatuh bangun
Dan aku melihat perhubungan sebagai satu hentian kepada  bebasnya mewarna hidup
Aku mahu biru kau mahu unggu. Kita ambil hitam. Kita pilih putih.
Aku mahu biru! Silakan kau ambil unggu. Aku tak mahu hitam tak mahu putih aku mahu biru!

Melihat sekeliling
Manis yang dicanang itu sekadar mimpi yang mereka cipta dalam tidur lena.
Letih.
Drama tak sudah
Dari satu menjadi dua menjadi tiga menjadi empat menjadi lima menjadi banyak.

Aku hanya mahu ke satu pulau pada saat mahu aku
Aku hanya mahu menjerit dan menari
Aku mahu terbang melayang.

Kau akan terima aku?
Atas kotor hitam aku?

Perhubungan semata mencari sempurna dan demi kesempurnaan
Mustahil
Heh mana mungkin.

Aku tak percaya
Siapa mahu percayakan
Mari.
Aku tunggu.
Buktikan pada aku
Perhubungan tidak seperti rasa tidak percaya aku.

Untuk setakat aksara ini disusun
Aku tak percaya perhubungan
Dan aku sudah berhenti mimpi pada satu perhubungan
Yang mereka sedang rayakan.
Aku sudah berhenti.
Aku berhenti
Sudah
Aku sudah berhenti percaya.
Tentang satu perhubungan hari ini atau nanti.
Aku sudah berhenti.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya