#HiatusRabak1

Mulanya aku rasa mahu berhenti daripada menulis di blog ini juga.
Seperti mana aku perlahankan aktiviti di muka buku, ig dan juga twitter.
Tapi sayangnya, tempat ini aku rasakan terlalu selesa untuk aku bercerita.
Lagipun, audien di sini tidak ramai jadi aku rasa lebih selamat mungkin.

Bicara tentang hiatus dan Nota Hiatus yang cuba aku wujudkan sejak 16 Ogos yang lalu sudah nak masuk dua bulan. Cepat betul masa berlalu dan aku masih belum fokus lagi sebenarnya. Masih mencari-cari arah ke mana harus aku pergi. Tapi itulah perlahan-lahan, aku tak mahukan gerakan drastik terus ke puncak lalu jatuh dan tersembam.

Mungkin setelah aku perlahan-lahan tinggalkan ruang-ruang keselesaan aku jumpa lebih banyak ruang-ruang baru untuk diteroka.

Seronok!

Hiatus yang aku maksudkan sebenarnya adalah hijrah. Keluar daripada kepompong dan berubah. Untuk menjadi lebih baik mestinya. Mana ada orang mahu menjadi lebih teruk jika dibenar waras dan sedar tentang pilihan dan ruang yang ada bukan?

Baiklah, kita mula perlahan-lahan ya.
Mulakan daripada cara hidup diri sendiri. Benar orang kata yang jalan untuk menuju suatu yang baik itu besar cabarannya . Ialah ganjarannya bukan calang-calang. Manakan sama harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan Kancil dan Lamborghini kan? Perasaan memandunya pun tak sama.

Perkara yang paling susah nak counter adalah nafsu dan perasaan. Few.. berpeluh jugak dibuatnya.
Mungkin perlu mula dengan latihan ibadah, Dan sesungguhnya ibadah itu hal yang paling mudah untuk dimulakan sebagai satu langkah perubahan. Mudah tak semestinya tak susah kan? Tak apalah pelan-pelan.

Aku menulis ikut mood, dan selalu mood datang bila aku baca. Baca aku lebih serupa macam memilih makanan adakalanya aku selera untuk membaca yang tebal ada kalanya yang nipis. Adakalanya mendalam adakalanya dangkal. Tetapi baru tadi saat aku sedang baca terus seperti dirasuk rasa ingin menulis. Ha ha ha. (Ha ha kan sahaja walau aku tak tahu mana lawaknya.)

Dalam merangka dan mengorak perubahan kita perlu berusaha untuk memerhati dan mencari sosok-sosok yang sesuai untuk menjadi ikutan. Dan ini antara sebab kenapa aku lebih suka pada biografi dan cerita hidup. Sebab ia mengajar. Boleh kita contoh dan ceduk. Jika dahulu aku banyak cerita tentang aku, jadi selepas ini mungkin aku perlu kurangkan hal aku, mari kita bincangkan tentang mereka yang lain buat pedoman. Heh aku bukan mahu mengajak kau mengumpat aku mahu kita cerita dan contohi hidup mereka. 

Saat ini dalam kepala aku ada beberapa sosok tubuh yang menginsipire, penulis UYDL, Nazali Noor ouh serius aku rasa macam nak rebel macam dia jugak. Berani untuk mencabar dan keluar dari keselesaan. Berkali-kali sudah kotak minda aku diketuk-ketuk untuk berani berhadapan risiko. Tapi ya bukan sekarang, kerana dalam mendepani risiko perlu bijak bukan? Perlu persediaan dan rancangan. Kemudian, di ig aku ada follow seorang figura ini, dia seorang berpendidikan luar negara sudah berusia, anaknya saja dalam lingkungan usia aku, boleh rujuk @thekitchenguardian. Walaupun ada pendidikan dalam bidang lain, dia punya kerjaya dalam bidang lain iaitu sebagai seorang pembuat kek dan dessert. Aku suka lihat perwatakannya dan kerja-kerja dia. Aku mahu begitu nanti satu hari nanti. Dalam bidang aku sendiri, bidang yang nanti aku rencana bagaimana dengan izinNya. Sudah ada beberapa perancangan tapi buat masa sekarang kita enjoy sahaja! 

Dan seterusnya, seperti yang pernah aku sebut sebelum ni yang inspire aku banyak adalah musician. Arghh... they are awesome, bapak awesome. Tak caya, sekarang kau pergi search mana-mana band kau tengok depa main intsrumen. Then you feel it. Kau ingat main instrumen boleh ikut gejeng-gejeng je ke? Then kau dengar bila diorang cerita tentang muzik. Ouh man, itu buat aku cair. Jadi nanti buat lah apa-apa pun, rasa dan feel macam mana diorang main muzik diorang tahu instrumen apa diorang main. Diorang tahu bunyi mana yang betul mana yang tidak. Walau mungkin pada kita piano tetap bunyi piano dan gitar tetap bunyi gitar cuma mereka yang betul-betul faham dan jiwai sahaja tahu kenapa Chord G itu bunyi begitu dan A tu bunyi begini. Pernah terfikir macam mana orang yang buat lagu boleh gejeng-gejeng dan tulis chord? Its complicated. Muzik ni pada aku a gift. Tapi tak mustahil untuk belajar. Sama la macam apa yang tengah kau buat sekarang mungkin ini ditakdirkan dan tak mustahil kau boleh work it well. Macam untuk menjadi penulis adalah dengan menulis. Tahu apa yang kau tahu. Dan bagi sepenuhnya pada benda tu.

Hidup tu sekali je. Jadikan ia berbaloi. Jangan membazir masa kau untuk benda-benda yang tak bagi kau effect apa-apa. Aku dalam proses baca sebuah buku tajuk The Future Of Mind. Baru bab awal bicara tentang teknologi yang digunakan untuk mengkaji proses yang terjadi dalam otak, pkai MRi la Pet scan la EEG scan la segala bagai untuk tahu misterinya kejadian otak yang sampai sekarang tak dapat dirungkaikan sama seperti kejadian kehidupan dan galaxy. Sebegitu kompleks otak yang terbahagi kepada empat bahagian yang beratnya hanya beberapa gram, tak kan nak sia-siakan macam tu? Sayang. Aku baca dalam buku yang sama jugak yang menyatakan bahawa otak kita langsung tak sama dengan komputer, sebab komputer perlu diprogramkan tetapi otak tak, semuanya dah dijadikan sebegitu tak perlukan RAM atau processor tertentu kerana transmitter yang ada di setiap neuron dah cukup canggih. Sedangkan sekarang ni pun dah ada robot yang dicipta mempunyai perasaan, tak akan kita tetap memilih untuk menjadi robot yang diprogramkan pada zaman komputer adalah sebesar bilik? Buat apa yang orang lain buat. Hidup sebab masih bernafas macam robot yang bergerak selagi bateri tak mati. Buat benda yang sama. Itu hidup?

Oke baiklah, apa kata kita janji sama-sama. Kita kongsi dan usaha sama-sama. Jadikan hidup dinamik. Jadi manusia dan bukan homo sapiens menurut definisi Charles Darwin. Mari kita jadi insan seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Insyaallah.

Ini permulaan. Seterusnya nanti semoga dapat kongsi lebih banyak lagi. Semoga usaha yang tak tentu arah ini akan jumpa jalan yang betul. Insyallah. Doakan. 

Aku rasa macam entri kali ini merepek dan melalut. Hahaha lantak. Oke baiklah. kita jadikan entry ni entry pertama untuk Projek Hiatus Rabak. Baik Aku tukar namanya. Hiatus Rabak ! Moga istiqamah.

P/S : Setakat hari ini sudah 10 hari aku tak pos apa-apa di FB yahoo! Aku perlu jauhkan Fb tu sebab aku masih gagal dalam mendidik hati. Haih. Ada yang tak patut aku lakukan, tapi aku tak mampu kawal di sana. Jadi sebab itu aku menulis di sini. Sebab menulis itu terapi. Dan di sini aku mampu lebih jujur kerana aku tahu pembacanya tak ramai jadi lebih selamat.

Insyallah esok kita kongsi hal lain tentang langkah untuk Hiatus Rabak. Insyallah lah kalau sempat. Minggu ni sampai minggu depan sibuk sikit. Sigh.

Dengar cerita temuduga yang patutnya berlangsung bulan ni postpone tahun depan. Maknanya posting pun akan lewat. Tak apa lah adalah tu hikmahnya. Buat apa nak stress untuk hal yang kita tak boleh tentukan kan? Ada juga masa aku nak rehat dan senang lenang di rumah hahaha. Dari SPM terus ke PLKN terus ke Matrik kemudian ke maktab ni 5 tahun setengah. Woi letih gua tak cukup rehat. Next, plan mari menyelesaikan hal-hal tertangguh! Kekal Positif bak kata Salam Muzik. Next entry aku nak cerita pasal Muzik la. Hahaha maaf aku tak kenal muzik melalui genre aku hanya tahu tentang Passion dan lirik dan ahh nanti la sambung. Dah pukul 1 ni. Adios! Esok mahu jumpa penyelia untuk Kajian Tindakan. Tak sabar nak jilidkan lepas ni masuk frame hahaha

Doakan!

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya