#HiatusRabak2
Aku kata semalam nak tulis pasal muzik kan?
Tapi macam tak jadi ada benda lain yang aku nak cerita hari ni.
Esok sambung pasal muzik. Ah aku hari-hari pun aku oke nak cerita pasal muzik hahaha.
Aku duk usha laman portal hiburan. Lama dah tak bukak ingat nak buka saja je sambil cari mood buat kerja. Then terbaca la post yang surat terbuka untuk Fynn Jamal. Lalu terus menjengah komen-komen berpinar juga baca komen hahaha. Sebenarnya kalau ada post apa-apa walau kat mana-mana pun aku jarang baca komen sebab buang masa. Tapi yang ni aku baca sebab saja. Kau yang tak tahu pasal surat terbuka ni pi je lah baca. Kalau tak baca pun tak apa tak penting pun.
Melihat kepada isi kandungan surat dan juga komen-komen yang diberikan dapatlah saya rumuskan bahawa sebenarnya masyarakat kita ni makin lama makin mundur. Dari sudut pemikirannya, makin teruk aku tengok langsung tak boleh nak fikir secara kritis dan cakap ikut logik yang dirasakan betul. Oke first kita tak boleh salahkan pengkomen sebab setiap daripada kita ada hak untuk menyatakan pendapat. Tapi biarlah pendapat itu berasas, punya kerelevenan untuk dibahaskan. Ouh sebelum tu, aku bukanlah fanatik Fynn yang sampai skroll IG dia dua puluh empat jam dan komen semua post atau peduli dengan komen haters atau followers. Sebab aku kenal Fynn since zaman aku rabak dulu, jumpa video-video puisi dia layan dan download masuk dalam playlist. Lepas tu follow dia sebab masa tu baru-baru kenal dunia arts yang begini. Masa zaman Ana Rafalli main kat maskara dan Wani Ardy di hari bintang jatuh. Masa dapat tahu Fynn kat Kazakhstan amazed gila la woi, dia siap masuk tb lagi kat sana. And so on, so on sampai lah juna dah umur dua tahun. Just follow sebab respect dengan kejayaan dia.
Lepas tu, sampai lah hari ni bila baca tentang surat terbuka dan komen di laman portal tersebut. Aku sebenarnya bukannya nak cakap untuk back up Fynn. Sebab itu tak adil kerana terpulang kepada sesiapa untuk merasakan apa-apa. Cuma aku mahu sentuh sedikit tentnag attitude masyarakat kita dalam kecangihan teknologi dan manusia seharusnya menjadi lebih pandai bahkan sebaliknya menjadi memandai-mandai. Hal ni bukan dekat Fynn je kau pergi je lah mana-mana public figure pun pergi baca komen mesti ada komen yang kurang senang dan tidak manis.
Apa yang perlu kita lihat antaranya ialah tentang intipati komen atau kritikan yang diberikan dah macam budak-budak tak cukup umur bergaduh habis semua diungkitnya. Macam kes Fynn ni pertikaiannya tentang Fynn bongkak dan status Juna, dah kemudian melarat kepada harga review ig dan pekerjaan Tri. Samalah macam tadi aku tengok Youtube pasal dokumentari tentang pemecatan Anwar Ibrahim. Bila tengok komen daripada isu Anwar, melalut sampai Tun Dr. Siti Hasmah tak pakai tudung. Haih, sedih betul tengok keadaan macam ni. Banyak betul masa untuk bertelagah dan menjadi warrior. Kemenangan adan jumlah proksi dan like.
Hal ni sebenarnya simple,
1. Kalau dalam psikologi la sedangkan kaunselor tak boleh paksa client untuk ikut dan dengar saranan yang diberikan kaunselor. Untuk hal ini apatah lagi kita
2. Kalau rasa niat nak bantu dan tegur dah cakap dia tak ikut atau dia nak marah atau apa itu terpulang pada dia. Kau dah gunakan hak kau untuk menegur sebagai seorang prihatin dan dia juga berhak untuk gunakan hak dia tak peduli . Sekarang kat sini ada pihak yang rugi? Tak kan. Kalau dia marah kau marah dia balik dah bila nak habis?
3. Definisi baik itu sendiri subjektif. Ada yang menyatakan baik adalah apa-apa yang disukai kita. Jadi, kalau benda tu kita rasa baik sebab kita suka benda tu belum tentu akan ada orang lain setuju sebab mereka tak suka.
4. Sebenarnya aku rasa masyarakat kita ni mengalami keadaan pemikiran yang ekstrimis dan prejudis langsung tak boleh terima perbezaan. Sedang manusia Allah jadikan berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenal. Saling terima. Kita tak boleh nak expect semua yang kita suka tu orang lain suka. Itu kan dah jadi tak adil pada orang lain? Kita seolah menidakkan hak orang lain. Misalnya macam kes Fynn orang yang sokong Fynn dipanggil 'penjilat bontot'. Kau tak suka dia jadi kau patut berhenti untuk ambil tahu dan tak perlu untuk kau pergi marah orang lain yang tidak sama paksi dengan kau.
5. Aku perhatikan di laman sosial atau mana portal asalkan ada ruang untuk komen melihat kepada reaksi masyarakat kita aku jadi pelik, Apa sebenarnya dah jadi kat masyarkat kita? Kenapa boleh jadi seteruk ini? Apa kita langsung tidak punya satu masa untuk memikirkan sesaat tentang penulisan-penulisan kita sama ada bermanfaat atau tidak.
6. Memang sekarang sindrom narsissistik ni menjadi-jadi. Gila menjadi-jadi. Sayang, saat masyarakat global berlumba-lumba untuk bersaing dalam segala aspek kehidupan bagi menjamin kestabilan hidup kita huru hara menyebarkan kebencian dan bersifat jumud.
7. Banyak sangat contoh yang dapat kita lihat, misal seperti isu Benz Ali, Isu Boikot, politik apatah lagi. Kita seolah-olah telah menetapkan bahawa setiap ahli masyarakat hanya perlu satu acuan sahaja secara tuntas tanpa punya hak untuk pemikiran lain. Bukankah itu secara tidak langsung sebenarnya negara demokrasi kita secara pilihan raya ini dihuni masyarakat rata-ratanya bersifat diktator?
8. Lagi satu kalau lihat dari corak penulisan kita lebih kepada sifat membuat kesimpulan dangkal berdasarkan kefahaman yang cetek. Arghh... kritikal sungguh masyarakat kita hari ini. Kita bahkan seperti perlu diajar kembali bagaimana mahu menggunakan otak. Bagaimana mahu berfikir bagaimana mahu bertindak. Seperti kita semuanya anak-anak belum mumayiz.
9. Wahai saudara-saudara sekalian, celikkan mata. Buka luas-luas. Berhenti mendefinisi kutuk sebagai kritik. iri hari sebagai prihatin dan menjatuhkan sebagai menegur. Kritikan perlu berhemah punya alasa atas kerelevenan dan cadangan penyelesaian serta berlapang dadalah jika itu ditolak. Kerana tanggungjawab kita menyampaikan adalah untuk sampaikan dengan ikhlas untuk berubah atau bertindak itu sudah di luar lingkup kita.
10. Gunakan akal. berfikir, dan menaakulah. Tidak cukup sekadar baca dan faham. analisis dan nilaikan secara tuntas dan menyeluruh.
Kerancuan itu jelas saat nasihat itu akhirnya makian dan isu utama akhirnya menyentuh peribadi dalam kain sekalipun di sentuh.
Teknologi canggih, manusia hilang akal.
Teknologi canggih, manusia hilang akal.
Comments
Anon : Mungkin kelakar pada awak tidak pada dia. Terpulang pada dia account dia. Dan apa perasaan awak pada dia juga penilaian pada awak juga terpulang awak bebas untuk merasa apa sahaja. Tidak memberi kesan kepada dia mahupun saya. Tiada siapa yang rugi disini kan? Dia tetap bahagia dengan apa yang dia buat bahkan makin dimurahkan rezeki. Lebih baik kita melihat sesuatu secara positif kan?