#HiatusRabak3

Feww.. 3 minggu yang mendebarkan dah berlalu.
Alhamdullilah, minggu lepas ke Konvensyen Penyelidikan Tindakan peringkat Kebangsaan. Alhamdullilah be the choosen one =*

Baru semalam balik aaa letih.

Ada satu hal. Semalam, mimpi yang sudah lama menjauh datang mampir. Dia datang. Dia yang sudah lama cuba aku padam. Yang aku sangka sudah hilang. Datang dan menyentuh hati aku lagi. Sungguh walau cuma di dalam mimpi. Apatah lagi hadirnya saat lena aku adalah dengan air mata yang berteman, sedih. Dia datang dan mengejutkan siang aku dengan senyum. Ah, dia. Untuk tempoh yang mendekat ini. Saat aku benar-benar dihiris kecewa dia mendatang bersama senyum yang langsung aku tak faham. Dulu mimpi-mimpi cuma membawa kabar sedih duka dibenci dia. Namun setelah tempoh masa dipinggir itu hadirnya berbeda.

Telah hadir raut raut yang cuba menggantinya, tetap dia itu terlalu kekal dakwatnya.

Ah mimpi. Cuma mainan. Pergilah. Terbanglah. Jauhilah aku. Aku terima.
Kerana kau dah berikan aku sesuatu yang terlalu hebat. Yang tak layak untuk aku minta lebih.
Kau berikan aku kenangan manis. Terlalu banyak. Terlalu manis.
Sudah sekarang aku izinkan. Pergilah.

Sungguh diantara kita tiada apa yang istimewa dan tak mungkin ada. Tapi untuk aku, kau adalah kenangan terindah. Aku izinkan kau pergi dan izinkan juga aku sendiri. Izinkan aku bebas dari segalanya tentang kau.  Izinkan aku, bersama aku tanpa perlukan bahu kau lagi.
Izinkan. 

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya