#NotaH36
Aku gembira hari ni jadi aku nak tulis banyak.
Alhamdullilah. Viva settle (aku dah bagitahu tadi kan? Hahaha) Perasaan settle viva adalah bertepatan dengan perasaan tidur tanpa keraguan sampai aku tak pergi meeting blok tadi.
Alhamdullilah.Alhamdullilah. Alhamdullilah. Perancangan Allah cukup indah. Untuk setakat perjalanan hidup aku Alhamdullilah 23 tahun ni, kadang-kadang aku terlalu alpa dengan nikmat yang diberi terlalu banyak dan melimpah ruah. Sehingga kadang-kadang aku rasa malu sendiri saat kealpaan aku, susah bangun aku DIA itu tidak pernah biarkan aku sendiri bahkan aku yang selama ini menjauh dan kerap lupakanNYA. Namun DIA Tuhan aku, terlalu baik. Alhamdullilah.
Hidup adalah sebuah perjalanan, adakalanya untuk terus melangkah kehadapan kita perlu berhenti seketika dan menoleh ke belakang melihat sudah berjauh kita pergi, jangan biarkan ia sia-sia teruskanlah berlari. Tak ada apa yang mampu aku ucapkan melainkan Alhamdullilah.
Ingat balik masa awal-awal masuk sini, Tak dapat aku bayangkan macam mana untuk aku tempuhi perjalanan ini 5 tahun setengah pengajian yang tidak pernah masuk dalam ruang lingkup perancangan hidup aku sebelum ini. Ada satu ketika aku ditunjal dugaan jatuh aku menyembam ke tanah. Satu persatu bersilih ganti Adakalanya aku mahu jerit melaung, "sekarang apa lagi?!" Dugaan yang bukan calang-calang. Dulu bantal aku basah dek tangis-tangis yang menjadi senjata terakhir kekuatan aku lebur. Di tinggalkan sendiri dalam persekitaran yang langsung tidak membawa senyum mahupun apa-apa rasa perlunya wujud aku dan perlunya dicapai aku. Jika sebelum ini kebergantungan pada kebahagian aku adalah dengan wujudnya insan-insan sekeliling. Rasa penerimaan itu adalah rasa yang menjadi sandaran pelangsungan hidup aku. Saat itulah DIA menguji aku dengan membiarkan aku sendirian supaya aku tahu yang ramai itu bukan nilai tetapi yang baik itu adalah segalanya. Alhamdullilah dia hadiahkan aku pada dua orang insan yang terlalu baik untuk menjadi teman hari-hari aku.
Ada satu ketika juga kebergantungan aku pada seorang insan yang aku panggil teman yang aku rasakan terlalu istimewa. Yang saat adanya cukup untuk senyum aku menyeringai. Hari hari aku saat itu adalah tentang rutin yang dilalui sama-sama. Sehingga aku cukup arif tentangnya dan dia cukup arif tentangku. Dan pemisah antara kami adalah jarak. Sekadar itu. Kemudian, satu saat ketika kebergantungan aku pada dia adak memuncak, aku diuji lagi dengan ditinggalkan. Ditinggalkan kerana di antara kami tidak seharusnya wujud kebergantungan seperti yang aku letakkan. Persahabatan itu sudah terlalu jauh dalam sangkaan aku sehingga aku lupa, Dan diuji lagi. Lalu setelah itu untuk lari dari rutin-rutin yang telah tiada, sepatutnya sememangnya tidak ada aku dihadirkan pula dengan kehidupan kedua aku di dunia yang aku masuk dan jatuh cinta yang menjadikan aku lebih dari apa yang mampu aku gambarkan. Alhamdullilah, berada di dunia itu mampu memberikan aku senyuman dua kali ganda nikmatnya sebelum ini, Dunia yang mengajar aku tentang bagaimana mahu menjadi insan.
Dan hari ini, sedikit sedikit DIA membuka ruang hikmah untuk aku lihat dan muhasabah kembali. Satu yang boleh aku cakap adalah percaya pada janjiNYA dan bersedialah. Jika sebelum ini hikmah pada aku adalah kehidupan-kehidupan mereka yang lain, tetapi hari ini hikmah adalah daripada jatuh yang dulu. Alhamdullilah syukur,terlalu banyak nikmat yang DIA berikan. Melihat aku hari ini dan aku yang semalam, Alhamdullilah adalah perasaan yang paling tepat. Merasa jatuh itu sakit, untuk terus jatuh itu lebih sakit. Bangkitlah. bangkitlah semua. Sakit ini cuma untuk DIA sediakan kita sama senang yang mampu kita rasakan sepenuhnya.
Doakan, doakan aku menjadi yang lebih baik. Belajar berdikit-dikit mendaki tangga. Semoga sampai ke puncak agar dapat aku hulurkan tali dari atas dan menarik yang lain naik juga dengan lebih mudah. Insyallah.
Ada satu ketika aku percaya tentang ketidakwujudan ruang dan peluang, tentang mustahil kesempurnaan, namun untuk setakat ini Alhamdullilah, aku seharusnya terus percaya sama KUN, FAYAKUN.
Moga hidup dapat memberi manfaat
Insyallah.
Alhamdullilah.
Lihat ini, si gemuk ini sudah mampu tersenyum dengan sendirinya mampu terus berdiri dengan sendirinya dan kemudian dihadiahkan teman-teman yang terbaik buatnya. Kini si gemuk ini sudah tidak sedih lagi kerana dia tahu, mengapa perlu ditangisi saat Allah itu mahu memberikan yang lebih baik? Alhamdullilah, moga selepas ini setiap ujian mampu dihadapi, mampu lebih kuat. Dan hidup ini adalah persinggahan jadi utamanya adalah persiapan ke sana. Insyallah Alhamdullilah.
Untuk semua gemuk di dunia, pertama jangan diamkan kewujudanmu. Buktikan siapa kita. Keduanya, percaya kita istimewa, Ketiga, jangan harap dunia luar menghargai dirimu jika kau sendiri tidak. Keempat, gemuk sekalian aku faham perasaan bila melihat kesempurnaan insan yang lain, jadi sempurnakan diri kita menurut kesempurnaan yang kita definisikan sendiri.
Comments