#HiatusRabak16
Sebuah perjalanan.
Satu hari di satu tempat. Masa tu aku duk kat satu sudut. Dan hingar sekeliling turut menarik aku ikut serta. Sejak kebelakangan ini aku sering ada masalah penumpuan ada sahaja yang lain difikir lain diniat lain yang terucap dari bibir. Menerawang entah ke mana-mana. Sukar benar.
Sehinggalah tiba-tiba tika itu seolah ada satu tarikan dari sudut pintu. Aku pandang dan merasakan satu genjatan elektrik terus ke seluruh tubuh. Namun, ketenangan yang aku latih selama ini masih mampu untuk mengawal keadaan. Segalanya seperti biasa tiada apa. Beberapa detik aku menerawang dalam getar yang gila. Jadah apa blerghh... Dan seterusnya berlaku detik detik yang aku tak mahu ingat seringkali aku dimalu diri sendir. Bla.. bla.. bla..
________________________________________________________________
Aku sudah tak mampu untuk menyambung kisah di atas lagi. Cukuplah untuk kau tahu yang Tuhan berikan aku hikmah melalui salah seorang hambaNYA. Hikmah yang membawa aku menggila cuba mencari kembali asal sebenarnya rasa kehidupan berTuhan.
Selama ini perjalanan jauh aku renangi dengan sekadar punya Tuhan dan Agama adalah cakup pada Ibadah.
Malu. Itu saja rasa yang mampu aku gambarkan saat pelan pelan DIA menunjukkan jalan pada Hidayah yang dipunya DIA.
Tahun ini, terlalu banyak yang DIA beri, uji dan hilangkan. Syukur aku masih bernafas untuk menikmati tiap detik rasanya beragama untuk Tuhan.
Sebuah perjalnan yang kita lalui dan dalam mencari laluan yang sebenar adakalanya kita lupa yang kita seharusnya punya penunjuk arah di hati. Supaya nanti sudah tidak perlu untuk kita menunggu nunggu manusia untuk memberi navigasi. Penunjuk arah itu agama dan destinasi utama adalah Tuhan.
Ada satu saat aku menyandarkan kehidupan pada manusia. Yang mana bahagia aku adalah saat punya ketawa dan dirai manusia. Berkali-kali aku jatuh ditunjal manusia. Namun, sedarnya masih tidak dan terus mengharap menunggu satu-satu manusia menghulur bahu dan membawa seri senyum bahagia,
Sedang tiada apa milik kita semuanya DIA.
Satu ketika rasa malu dan takut bercampur baur. Terlalu bacul untuk mengatakan kehidupan milik aku dan hanya aku berhak ke atasNYA. Sedang Tuhan itu mengatur hal yang lebih indah buat kita, Saat selalunya itu aku lupa.
Namun, kasih sayangnya terlalu besar. Lewat ini dia gerak hati aku satu persatu merungkai tanda tanya dan mengurai kusut. Dia memberi lebih dari yang diminta.
Hikmah ini terindah yang mampu aku baca. Melalui siapa dan bagaimana biar hanya aku dan DIA yang tahu. Moga DIA terus bimbing aku dekat terus pada NYA dan untuk perjalanan seterusnya aku redha atas ketentuan.
Usaha tak akan pernah kurang cuma destinasi dan perjalanan perlu dibetulkan. Moga istiqamah.
dan Hati..
Aku seperti selalunya gagal sama kehendak rasa. Mengusik lagi. Perlukan masa untuk aku didik semula.
Kerana Allah itu Maha mengetahui segala maka sesungguhnya aku hanya berserah pada DIA.
Doakan perjalanan ini mampu jumpa akhir yang dirahmati.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagai pungguk yang menanti
Manakan bisa bulan jatuh sendiri
Comments