#HiatusRabak17

Credit

Satu Titik.
Satu titik mencari titik persamaan di atas dua garis pada satu titik dari gerakan arah bertentangan. Antara gerak titik ke Barat dan satu titik statik ke Timur. Kebarangkalian untuk berhenti pada satu arah dan menyatu itu mustahil. Dalam dua garis gerakan yang bertentangan dan satu titik masih mengharap pada gerakan selari seolah tidak mungkin. Satu titik yang bergerak terus meluncur ke hadapan sudah punya tahu di mana jumpa akhir henti menidakkan keupayaan satu titik statik mula bertatih ke depan.
Dalam dua garis berbeda dengan arah yang tidak sama tanpa laluan yang serupa tiada wujud rumus fisikal mampu mengia.
Undur belakang berhenti. Titik statik penamat sebelum gerak dimula. Kerana ada hal yang tidak mungkin.
T.I.T.I.K
______________________________________________________

Kerana ada yang tidak mungkin. Kerana Tuhan itu adakan semuanya adil dan bertepatan pada ketidaksempurnaan manusia yang berbeda. Ada hal yang tidak akan ada demi untuk bersifat adil.
Terima. Kerana beda yang terlalu jauh ini adalah sememangnya benar tidak mungkin.
Juga kerana adilnya Tuhan itu tidak akan biar ada dizalimi.
Kerana adil itu wujud aku bisa menjadi yang zalim terhadap yang benar. 
Maka mundur. Atas benarnya mundur. Mungkin rahsia yang senyap ini perlu aku biar terus dan semadikan untuk naskah yang pertama.
Setiap pintu perlukan kunci yang benar. 

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya