#HiatusRabak22


24 tahun.

Pernah merasa kecewa kerana cinta yang buta.
Merasa jatuh dari tingkat tertinggi lalu berkecai.
Sedang menunggu hai takdir mahu mengetuk aku gimana lagi.

Saat ini dada berdebar.
Menanti tentang sesuatu yang tak pasti.
Tuhan, aku selesa bergini.
Merangkul erat selimut tebal dikelilingi buku-buku
juga mimpi-mimpi ku yang percuma.

Cuma, mimpi-mimpi percuma sudah tidak asyik.
Realiti sudah mengejutkan aku dengan terlalu tegar bingit
Sehingga aku tak rasa yang aku bisa bermimpi lagi
DIa menghentak aku tiba-tiba dan sangat kuat.

Aku dan lagu ku. Dan keselesaanku.
Aku mahu kekal di sini.
Dalam selimut tebal dikelilingi buku-buku.
Meski mimpi-mimpi ku sudah pergi.


Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

minimalis

change