#1042

Update sepuluh hari sekali. Kalau ikut sepuluh belum cukup lama kan? Ke tak?

Hal-hal duniawi untuk nurani sedang beratur macam keretapi. Jadi izinkan mahu eskapis.

Take your time. Don't rush over things.

Mendewasa dengan sendiri, bagi aku ruang untuk kenal diri.

Hal-hal ringkas buat aku rasa cukup.
Seringkas makan nasi dengan lauk ayam dan sayur. Seberapa banyak sayur diperlu seberapa pedas mahu dan bagaimana seketul ayam dinikmati. Tanggal kulit letak tepi, ambil sayur sambal cubit ayam sedikit, suap. Kuah, sambal sos jangan kena pada ayam goreng. Hilang nikmat nanti. Pastikan nasi habis dulu sebelum lauk. Akhir ratah lauk. Bahagian paling enak paling akhir. Dan tadaa, puas.

Mungkin doa mereka tentang detailnya aku sudah jadi nyata. Mereka kata juga aku perfectionist tapi aku belum cukup bagus untuk gelar itu. Cukup aku kata detail yang ringkas. Susun satu-satu aturan dan norma yang aku terima sendiri. Ya antara dua exsistentialist, narsisistik aku ditengah-tengah narcissistic lebih kelihatan ekstremist. Tapi gelaran-gelaran ini tidak seronok bukan? Kita seharusnya bebas, tidak ditangapi mahupun menanggapi. Kan? Ke tak?

Aku selalu ada aku untuk tiap waktu. Tidak selalu bagus. Tapi sampai satu tahap, apa ada itu cukup. Cukup untuk tahu apa mahu. Tak senang.

Getir-getir, bimbang-bimbang masih. Masih ada mengejar ke mana-mana. Kadang tak sanggup sudah lari. Jalan sama.

 Jadi, itulah. Keterbatasan hidup adalah pada garisan yang kita lorek atau benteng-benteng kita bina. Keterbatasan definisi atau kefahaman mampu mempengaruhi penerimaan dan kepercayaan. Maka, saat dunia menjadi pejal tetap terus menjadi bendalir. Mengalir tidak meresap pada semua. Ada kala kekal di situ lama. Mengikut acuan ya, tetapi masih tetap berubah beza beda dalam nilai masih sama. Jangan hilang. Diri adalah anugerah Tuhan agung. Harus kenapa diserah murah. Yang ada, ada. Yang tiada, tiada. Que Sera, Que Sera. What will be, will be.

Comments

Popular posts from this blog

notepad, nota pelekat cinta kau 3

cerita aku

tanya