Posts

crush

p/s : eh p/s bukan patut kat bawah? ah pedulik! p/s: kau jangan baca post ni tahu? nanti aku malu lagi. well aku kan pemalu ehem.. ehem.. best jugak kalau ada crush dekat... boleh cleaning the eyes.. aku jeles.. jeles..haha eh tapi jauh dimata dekat dihat dak? hek3.. baru suweet auu auu.. bhahaah kau kalau baca buat tak tau je eah.. aku tak cakap pasal kau lalala. eleh crush je pun.. nanti dah abis stady aku cari lain pulak yang betul2 punya. tapi ingat.. bubu cakap jangan bagi mudah.. ye tak mudah.. dha merepek merepek.. dapat balik ni mood excited semacam pulak. aumm aumm... ari tu tensen bukan ye sebab banyak keje sangat dak? ari tu tensen sebab... tet.... ah! tak yah expose ngat nanti kantoi. asal ada. walau tak dekat. terima kasih.

lelaki

lelaki.. awak jangan biar di masuk hati awak sebelum hati dia dimasuki awak. bubu cakap buat macam biasa. jangan terjatuh lagi. kena tahan kena kawal. takut sakit lagi.. ha ah takut sakit lagi. walau yang terlintas itu selalu dia.. tak apa lah.. jodoh itu Tuhan punya acara. biar Dia yang susun jalan cerita. kita ikut dan terima aja.. benda akan datang. bila kat mana tu je yang tak pasti tak apa Tuhan itu kan penyayang? insyallah moga Tuhan tabahkan hati ini. untuk terus dengan hari-hari... =) untuk seketika ini. tak akan berubah, walau jauh. Ah tak ada mustahil kun faya kun. saya rindu dia yang lama. masa jalan pantas kan? semua orang akan pergi
saya hanya nak balik rumah. dan rehat. saya letih. mungkin letiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhh sangat! sangat!

birokrasi

kalau tak aku dapat hatrik menerima sedikit penghargaan yang tak seberapa tetapi tinggi maknanya. kau tahu aku usaha-usaha usaha dan usaha. kau tahu kawan-kawan aku usaha-usaha usaha dan usaha aku nak dapat hatrik. tapi sedih.. ya sedih sebab karenah birokrasi  impian aku rapuh.. aku tak dapat untuk yang kedua hanya 0.02 kalau kau rasa bagaimana. anugerah untuk 3.85 sahaja. aku mahu hatrik.. pencapaian penghargaan untuk usaha kami duit tenaga  masa usaha kami usaha kami usaha kami kau faham perasaan kami? sedih sedih sedih.. entah dah tak ada semangat aku untuk semester ini dan seterusnya. bukan pesismis cuma menjadi logikal aku dah cakap aku makin benci dengan sistem makin benci makin benci mungkin di ajar lebih ikhlas? entah lah...

mencarut

orang tak suka buat macam mana pun tak suka. fed up dah tahu tak? fed up! mencarut.mencarut.mencarut.mencarut.mencarut.

sakit

leher rasa dicekik. terasa tak selesa belakang rasa dihempap batu berat sengal dan lenguh. aku letih? entah kenapa dengan badan ni. tak tentu arah di buatnya. doakan aku. semoga keadaan stabil aku perlu bekerja paling keras untuk seminggu ni. esok ada test. dengan kondisi tak tentu arah mohon doa aku tidak give up fed up sudahlah. p/s: engkau mungkin aku terlalu cuba untuk keras. walau dalam aku longlai. engkau cuma untuk ingatkan kali kedua tak pernah mudah sebab realiti hidup juga aku tidak percaya peluang kedua. engkau untuk apa dan kenapa atau apa-apa. tidak kisahlah. jatuh tu sakit. aku cuba untuk tidak semudah dulu. walau sekadar biasa? ya walau untuk apa sekalipun. jangan duga aku banyak banyak.

dunia.

lama jugak tak merepek meraban pasal hari-hari sekeliling luar biasa dari biasa. dah memang tak luar biasa. mungkinlah sebab aku di didik untuk menjadi seorang skema pada tanggungjawab maka aku tak duduk diam dan terus menjadi yes-sir-man sigh. cuma entah. aku pun pelik dengan sistem. sistem yang keberkesanan hanya pada gah dan lantang pada suaranya. tidak pada laksananya. mendisiplinkan orang yang tidak melakukan salah dan membiarkan orang yang perlu didisiplinkan. macam mana nak lahir sebuah organisasi atau satu kelompok manusia dengan integriti tinggi membentuk manusia yang harmonis kononnya. jika sistem pembentuk itu pun huru hara. tutup mata pada yang patut celik. mudah cerita yang dicantas anak ikan yang dibiar jerung mengganas. sebab tu aku kata letih jadi baik. yea... letih. sebab? dunia akhir zaman yang jahat dijulang biar terus dengan kejahatan. yang baik itu tidak normal. sudahlah jenama manusia guna cakap tunjuk kuasa. aku bosan.. soooo maleis....