Hari ni aku rasa nak marah betul. Marah yang meluap-luap. Ayah ibu pesan kita orang susah kerja biar betul. Setiap hari bila mesej ibu ayah kata aku nak pergi kelas. Ibu akan balas "Belajar rajin-rajin, biar berjaya." Ayah akan balas. "Belajar elok-elok, sembahyang jangan tinggal." Maaf, aku hidup bukan nak menyusahkan orang dan tindak aku bukan untuk sesiapa Melainkan ibu ayah akak. Aku berkerja sehabis baik kerana pesan-pesan ibu ayah. Aku bertahan dan terus berdiri kerana ibu dan ayah. Aku tidak di sini untuk nanti aku bekerja punya wang dan boleh dibuat tabungan kahwin. Aku bukan disini untuk nanti bekerja dan punya wang untuk bercuti dan berjoli. Aku bukan disini untuk senang hati sesiapa melainkan ibu ayah akak aku. Apa mungkin kau ke sini di atas pesan pergilah belajar semoga nanti habis kau ketemu jodoh dan kawen? Itu aku tak mahu masuk campur. Dan aku disini bukan untuk keluar dan perolehi sekadar segulung ijazah. Kerana segulung ija...