aku bukan nak suruh orang sabarkan aku. kalau boleh sabar aku tak akan cakap apa-apa. aku cuma nak orang faham yang aku perlu sokongan untuk terus kan aku nak ada orang dengar bila aku merungut aku nak lepaskan geram. aku nak jerit aku malas nak fikir apa-apa tahu tak? aku ni memang menyusahkan? aku memang membebankan? aku ni memang menyerabutkan kan? aku selalu nak jaga hati orang aku selalu nak bahagiakan orang tapi apa aku dapat? orang tak suka aku sebab aku emo orang tak suka aku sebab aku kuat sentap. orang tak suka aku sebab aku suka mengeluh. tapi ada orang datang tolong aku? aku hidup terlalu bergantung pada orang agaknya. entah lah.. sudahlah.. PERNAH SIAPA TAHU YANG BILA BUAT BENDA KITA TAK SUKA TAK SEDAP LANGSUNG? PAKSA DIRI KITA TERIMA SEMUA BENDA YANG TERPAKSA KITA TERIMA TU PAYAH? SIAPA TAHU TAK DAPAT BUAT BENDA YANG KITA NAK TU SAKIT?
Posts
aku
- Get link
- X
- Other Apps
semester ni makin menjadi-jadi perangai aku. pergi kelas tak ada semangat dalam kuliah tak fokus kerja semua bertangguh. datang kelas lambat apa-apa kerja sambil lewa. asyik merungut asyik serabut. ada je benda tak puas hati hidup aku makin tak terurus. kadang-kadang aku pun tak tahu siapa yang ada dalam badan aku ni. antibodi badan bukan main lemah kejap-kejap sakit.. kejap-kejap sakit. dengan keadaan sekeliling dengan gaya hidup aku rasa macam aku ni loser sangat. kadang-kadang rasa macam eh.. teruk gila aku ni tak reti bersyukur. orang lain tu tak dapat further study aku dapat. orang lain further study pun keje biasa je aku insyallah keje terjamin. tapi entahlah. duk sini dah 3 tahun. tapi aku macam tak dapat terima lagi kenyataan. aku tak nampak benda yang dapat beri aku kepuasan. aku ni memang manusia tak reti bersyukur? ada sesiapa bagitahu aku apa aku nak sebenarnya? sebab aku pun tak tahu. macam-macam jadi buat aku rasa.. entah. tak tahu nak cakap ...
bersalah
- Get link
- X
- Other Apps
hari tu ibu meluahkan rasa tidak berapa puas hati dekat aku. ibu tak puas hati sebab aku jarang mesej ibu macam akak. tiba-tiba rasa bersalah =.=' ibu cakap akak dulu nak pergi kelas mesej, nak tidur mesej, nak keluar mesej, nak makan mesej. dan sebagainya. aku pulak hanya hantar mesej pergi kelas dan tidur. kadang-kadang petang ibu mesej baru aku bals. rasa bersalah lagi ... =.=' habis nak buat macam mana. jadual aku dengan akak mana sama akak dulu masa study kelas dia bukan hari-hari dari pukul 8 sampai pukul 12.30 lepas tu rehat pukul 2.30 sambung balik. akak dulu makan dekat asrama masa diploma makan macam-macam. masa degree pulak duk luar dia masak .. dah aku ni makan memang pukul 10.30 tu je lauk nasi dengan ayam. kadang-kadang makan pukul 1.30 tak nasik lauk ayam, nasi dengan ikan keli. akak dulu boleh la dia dekat dengan bandar masa degree masa dip pun lebih kurang dekat banyak tempat dia boleh merayap. yang aku ni. apa lagi aku boleh buat balik bilik tidur...
saya
- Get link
- X
- Other Apps
saya tak suka kena bebel saya tak suka kena marah (eh semua orang tak suka) saya tak suka rambut gugur.. (saya takut kepala botak, dan rambut gugur itu buat lantai bilik saya hodoh) mungkin rambut gugur sebab banyak berfikir? atau migrain? atau banyak tidur? atau sebab msg maggi? eh dah setahun saya tak sentuh maggi saya tak suka orang jemur baju kat ampaian saya dah la banyak gila. (baju saya pun banyak tak basuh ni woi!! saya berasa marah lalu tulis post ini.) saya main gibran semalam saya rasa okey sikit hari ni hancur terus jadi saya sambung baring sambil teringat pada kerja yang berlambak tapi belum disentuh. tak apa saya tahu saya akan sentuh juga satu hari nanti....... dah lama saya tak borak. ada sesiapa nak borak dengan saya? dah bosan pulak saya bercakap pada benda tak bernyawa sampai saya simpati dengan diri saya sendiri... separuh perjalanan blog ini saya dah sorokkan..' segan pulak dengan ketidakmatangan zaman dulu
rojak
- Get link
- X
- Other Apps
kawan... mungkin selama ni aku tak ikhlas bila aku beri ketawa pada orang aku harap orang akan beri ketawa juga pada aku. bila orang minta aku pinjamkan telinganya. aku juga harap akan ada telinga dipinjamkan pada aku. bila orang dalam gelap aku capai lampu ajak jalan sama dalam cahaya aku juga harap akan ada beri aku lampu untuk aku jalan. mungkin.. mungkin aku terlalu berharap. ---------------------------------------------------------------------------------------------- dah dua minggu pacai dalam hidup aku.. ayah dah bagi restu impian aku sebelum bersama pacai nanti bila aku sudah dapatkan dia aku mahu kita cerita sama-sama kisah aku dan kau.. bila tiap detik yang aku rakam dengan pacai boleh aku kongsikan.. tunjuk ajar. sokongan.. bila gibran pulak datang aku berimpian untuk aku ceritakan.. aku sudah serasi bersama gibran perkembangan aku bersama gibran hari ke hari boleh aku ceritakan. aku mahu dengar kata bagus, gud luck, wah, tahniah... bila aku me...