Mungkin, hari ini sekarang. Aku sedang terkurung dalam sebuah bilik kotak batu empat segi. Sambil dari jauh menonton keseronokkan mereka yang bernasib baik mampu terbang ke awan, ke lautan, Mencium harum bau tanah milik orang. Bersama kegembiraan tanpa ada apa yang perlu dihirau dirisau. Mungkin hari ini aku seorang manusia biasa yang lemah dan dihurungi cemburu cemburu, mahu juga aku kecap bahagia seperti mereka. sambil jemari aku menari-nari diatas kekunci huruf dalam bilik kotak batu empat segi. Mungkin hari ini aku hanya mampu untuk bercerita melalui apa yang aku baca melalui apa yang aku lihat dari jauh. sambil sekeliling aku adalah helaian kertas bersepah dan tingkat-tingkat buku ilmiah serta soalan-soalan yang perlu aku selesaikan. Mungkin hari ini belum tiba lagi masa untuk aku bercerita apa yang aku rasa belum tiba lagi masa untuk aku ke mana-mana hanya mampu bermimpi dan melakar rancang-rancang yang entah mampu entah...