Posts

Showing posts from June, 2012
manusia diuji dengan pelbagai cara manusia diuji dengan pelbagai rupa semua itu pasti ada hikmahnya.. bukan? terlalu banyak yang perlu aku lalui. terlalu banyak perlu aku hadapi. terlalu banyak.. dugaan bertimpa-timpa untuk kebelakangan ini Allah sorokkan rasa lemah aku ini sesungguhnya air mata insan tersayang aku bisa menggetarkan rasa kuat ini. untuk ibu ayah akak. untuk cinta pada manusia lain itu aku padamkan. tutup hati ini untuk selain itu.

writer block

Writer's Block.. Mike Rose defines writer's block as "an inability to begin or continue writing for reasons other than lack of basic skill or commitment. A writer may run out of inspiration" im not kind of profesional writer but still experienced this.. i've lost my passion.. i cant write or even read.. i hope it wont be long......but i know it will be years. till then.. i'll be away...  source:  http://en.wikipedia.org/wiki/Writer's_block i've just start some projects.. but it seems to be stop  a while.. till the time i've recovered... wish me luck... im walking through my hard phase of life..  insyallah i'll be okey ALLAH with me... followers and readers thanks for coming..

kalah

muzik volume maksimum. cahaya lampu tenang mula tulis. aku boleh hilang kau tapi aku tak akan hilang aku. aku yang akan terus tulis untuk aku silap untuk kata segalanya berakhir ahh.. itu bukan aku aku tak kan pernah lupa apa mahu aku dan aku tak kan pernah mengaku kalah walau aku terpaksa mengalah. dengan perancangan tak pernah habis dengan keizinan TUHAN aku akan capai bintang yang aku impikan walau dalam keadaan tak sama aku akan terus dengan aturan sampai TUHAN kata cukup sampai situ aku perlu kembali. untuk sementara itu. aku dan aku akan tetap di sini menuju ke situ. hati tak akan mengalah tidak mungkin kalah!

juri

Juri juri kehidupan kau dan aku juga kita kita ini siapa? kita ini siapa untuk menilai takat iman seseorang kita ini siapa untuk menilai dosa pahala seseorang siapa ini kita untuk menilai hitam putih hidup mereka kita ini juga asing kita ini juga hamba kita ini juga pendosa. dan dosa dosa kita itu pasir lautan. walau di basuh ombak tidak senang di tarik hilang jadi mengapa? mengapa kita terus terusan menjadi juri menjadi tuhan manusia? sedang kita ini penuh cela jiwa kita ini jauh mega langit dan bumi hina kau kata pelacur itu jijik tapi kau tahu? hati manusia itu Tuhan yang mencipta kau aku mereka pegang boleh jadi esok atau sesaat lagi kau itu lagi jijik. jadi hentilah kau jadi juri menetap baik dan salah hidup ini subjektif jawapan kita bisa banyak dengan cara yang tak sama hanya utama jawapan itu ertinya apa?

kenyataan

hidup ni penuh dengan kejutan adakala buat kau suka adakala buat kau menangis adakala buat kau bahgia adakala buat kau gila tapi kau yang percaya pada TUHAN akan setuju yang kejutan itu ketentuan kejutan itu takdir. terkejut dengan kehilangan dan terkejut dengan kehadiran. hanya denga redha kau akan rasa kemanisan kejutan. dalam masih direnjat satu rasa ketidakadaan ketidakhadiran ketidakpunyaam dalam masih gagal menyerap kenyataan.. kosong. p/s: sem ni belajar pasal fotografi.. Alhamdullilah.. benda yang dah lama aku nak dalami.. aku suka ... =)  tapi.. kau tahu..? ah sudahlah lupakan... kenyataan aku tak boleh punya semuanya..

baru

semester baru jadual baru subjek baru lecturer baru classmate je tak baru. jadual semester ni ouh membunuh! perlu menjadi lebih baik perlu keluar dari kotak kaca selesa perlu bergerak pantas perlu berhati kental. sudah tiada masa untuk berjiwa-jiwa. sudah tiba masa untuk lebih bertenaga persetankan segalanya beri tumpuan pada yang sepatutnya. hati, minda, akal, bersedia bergerak berwaspada. garis satu garisan dan pisahkan ini keperluan aku sekarang untuk kebahgiaan akan datang. Semoga diberi kekuatan. p/s: tiada lagi tido petang. =(

hoorey

Image
aku baru lepas tengok citer ni. of coz bukan kat wayang ha. ha. ha. untuk orang badan besar a.k.a gemuk tegar macam aku memang kena dah dengan jalan cerita ni. lecturer aku kata orang badan besar ni selalu nya ceria je. tapi dalam hakikat diaorang sebenarnya ramai yang low self esteem. cerita ni sangat best bagi aku.. daripada ombak rindu.. cerita ni yang boleh buat aku nangis. ahahah malu =.=' mungkin sebab cerita ni dekat dengan diri aku. so i can feel apa yang iman rasa. yang penting lagu Allahyarham Sudirman memang kesan dalam hati. cerita dia simple tapi makan dalam. boleh la kot aku cakap macam tu. "sahabat sejati tak kan pernah berubah hati" tengok cerita ni buat aku ingat kan seseorang. kawan aku. kawan yang baik sangat. kawan yang bila aku merepek meraban serabut tak tentu pasal cerita kat dia tenangkan aku. kawan yang sanggup dengar cerita-cerita aku kawan yang support minat aku dekat buku buku merepek aku dekat kamera lomo tu. kawan...

selamat hari bapa ayah.. =)

Image
bunyi macam ayah pi tandas ha ha ha mesti ayah terjaga sebab mesej aku well aku kan romantik hantar sms selamat hari bapa.. esok mesti ayah bising sebab aku kacau ayah tido keh3 selamat hari bapa ayah.. love you so much!!! i'll never make you cry i'll draw your smile.. i got nothing to give you as present besides you've buy your new wallet which i promise to buy for you. so yesterday, my last semester result exclusively dedicated for ayah, ibu and akak.. i love you!. P/S: actually aku bukan manusia romantik. aku cuma tak reti nak express depan-depan hahah.. my bad. jiwa kental.. ank ugik! keh3 p/s lagi : dol jangan hargai ibu je. sebab kadang kadang ayah tu hatinya lebih mudah tersentuh... macam ayah aku la... nampak macho tapi kalau aku tak balik dua minggu je dah rindu.. hahha sumpah tak tipu.. aku tahu la.. lalalalla abaikan muka eksited aku tu.. bukan senang nak amik gambar dengan ayah... ayah artis... hahha ayah selamat hari bapa xoxo agagagga ...

change

today, yesterday, tomorrow will never be same day change weather change time change people change heart change mind change. we change so, i me you we'll be different either good or bad either smile or cry either happy or sad life must go on.. we'll be better all is well

alhamdullilah....

Alhamdullilah alhamdullilah alhamdullilah ya allah Kau beri kesempatan untuk hamba mu yang hina ini kesenangan lagi peluang untuk merasai kejayaan lagi.. ya allah terima kasih ya allah.. Kau duga aku dengan sedikit rasa sedih Kau beri aku sedikit rasa kecewa yang sudah terasa berat bagi aku dan kemudian Kau hadiahkan aku kegembiraan yang melimpah banyaknya Kau makbulkan doa ku Ya Allah.. terima kasih syukur Alhamdullilah... sungguhnya Kau Tuhan yang satu untuk hidup dan matiku.. jauh kan aku dari riak dan kufur. tunjukkan aku jalan yang benar. amin.. p/s: tahniah untuk semua classmate aku. we make it! daddy mesti tersenyum girang.. syukur. we'll be better for the next sem till the end... insyallah.. hatrik.. alhamdullilah.. will looking for new baju kurung hehe... untuk ayah ibu dan akak saya... ini hadiah untuk anda atas kasih sayang anda.. untuk ayah ini hadiah hari bapa.. saya tengah kering nak beli hadiah.. ibu ayah akak saya terima kasih... p/s/s: kena ...

untuk

untuk menjadi kuat untuk menjadi hebat untuk menjadi kental...

budak

budak budak sekarang menjadi jadi apa nak mak bapak ikut kan apa tak nak mak bapak turutkan. seolah anak itu mak bapak. segala apa di iyakan. naik berbulu naik berbulu aku tengok. dimanjakan tak bertempat tak diberi rasa sakit tak diberi rasa susah sampai anak naik lemak membentuk anak jadi sampah. mulut pandai cakap otak tak ada apa hidup bergantung sampai mati p/s: aku sampai tahap ni. dulu kecil bodoh pandai aku ibu ayah suruh aku belajar sendiri. baru tahu itu manis usaha itu pahit kecewa. budak sekarang buat geleng kepala banyak  banyak. terus lambakan mereka dengan kesenangan, keseronokan, hiburan. terus bodohkan mereka

=.='

bancuh air kacau kacau secukup rasa teh nipis panas. ahh.. rindu nya kipas pusing laju panas masih rasa atas sofa baring tulang rasa bisa mata tertancap kosong fikiran entah mana hati lebih lohong keadaan sudah tak sama ketawa..

kerja

kerja. mari kerja ya mari

bintang

kutip bintang saya satu dua tiga empat lima mungkin jadi infinity? saya tak tahu berapa banyak jika saya tak mula dengan satu saya tak tahu berapa lama tapi saya cuba doakan saya mulakan langkah pertama percaya saya hanya akan ketawa percaya. percaya saya mampu untuk bintang saya. saya anak ugik! saya tak akan menyerah. bintang saya. sedia.

dump

Image
testing. art. dump.. hell? heh rasa kena dump tak ada lah hell sangat hidup biasa lah.. mana ada yang senang. semua nak semua dapat itu yang naik lemak. dump tu part of life la tak perlu nak pergi raung-raung duduk tepi jambatan nak terjun duduk atas bangun nak melompat turun tangga kan ada? dol, cinta tu ibarat macam kipas.. kau duduk dalam bilik panas kau pasang kipas. tapi kalau kipas tu mati rosak patah tengkuk. kau still boleh hidup. kau bukak tingkap luas-luas biar angin semulajadi dari ALLAH tu masuk sejukkan. yang penting.. kipas yang tak ada tu effect dia tak ada sampai kau mati? pendek kata kau still boleh hidup tanpa kipas. memang la panas. tapi at least kau sedar masyar dan api neraka tu lagi panas ye dak? bila dah kena dump oleh bf ke gf ke oleh orang yang kau admire ke first...kau pergi la bersedih kejap. pergi mengadu-mengadu kat kawan kau.. tapi tak yah lah kau ungkit yang dulu dia tu begitu dia tu begini. tak perlu nak cerita benda-benda l...

bola

france vs england.. aku rasa game malam ni macam bosan aku nampak macam gerrard je main untuk england tu.. bola loose gila. semalam spain dengan italy melekat jugak mata aku nengok. yang nie macam tak je..  kalaulah aku boleh bukak twitter mesti lagi sedak nengok bebudak sokerleaks tu bahan membahan. nak tidur sekarang macam tak berbaloi je mata segar pulak malam nie. silap-silap sambung sampai next game.. p/s: aku  ni kuat orangnya.. itu apa yang aku cuba yakinkan diri aku.. naluri sering siring dengan realiti.. 

ibu

Image
ibu bising aku duk rumah ibu suruh keluar tengok matahari. ini benda yang asing dan sangat jarang berlaku. dah bosan agaknya ibu tengok aku dekat rumah ni hahaha ibu cakap duk terperap je kat rumah tak buat apa ibu suruh aku pergi keluar lepas adegan kena tarik dari katil  kena seret dan sedikit tazkirah aku menurut perintah pergi la jugak ngikut ibu ayah ambik si bulat dari sekolah and akak balik kerja lepas tu singgah bangunan orang mainstream panggil pasaraya berbekalkan duit spoloh hinggit yang tinggal dalam dompet  aku pi rembat benda alah ni rindu zaman kecil rindu zaman hingus meleleh rindu zaman berzaman yang berlalu.. =) tunggu sinafamily balik haa.. baru tak lekat aku kat rumah nanti.. pergi kedai dua ringgit nyaris-nyaris rembat JOJO dengan TORA nasib peruntukkan cukup2 untuk dua bungkus kuaci buat kunyahan game england malam nie.. ayah ajak aku layan. aku bet sebelum start ayah dah tido kah3 macam semalam.. ...

al fatihah awek chuck taylor

awek chuck taylor al fatihah buat ez tersentak dengan berita pemergian arwah she's the bravest girls ever.. kata nami aku percaya tu. semoga ez tenang jumpa elly, mak dan ucu. italy seri dengan spain mungkin mereka bersedih jugak atas pemergian kamu =') kita tak pernah bersua muka tak pernah bertutur bicara kita hanya kenal dari awek chuck taylor dan laman twitter tapi kehilangan kau cukup dirasai apatah lagi buat aril, nami, erica dan abah kau. moga aman kau di sana. kau sentiasa dalam ingatan. dah lama aku janji nak buat review tapi tak buat jugak.. insyallah esok aku buat nak tido dah ni esok pagi nak buat breakfast untuk akak itu pun kalau bangun... nyte!

Surat Kepada Lelaki Saya

Surat Kepada Lelaki Saya. Kepada Lelaki saya yang entah siapa dan di mana berada sekarang yang entah ada entahkan tidak. Saya tak kisah siapa awak. Tapi awak perlu tahu siapa saya. Saya tak cantik seperti yang awak harapkan. Saya tak ada sempurna yang awak perlukan. Jika ini yang awak cari dari saya maaf mungkin awak bukan orangnya dan awak tak perlu terus baca surat ini. Awak yakin awak tak harapkan apa yang saya tak ada? Ada banyak lagi. Saya suka Redza Minhat sebab dia bijak handsome yang bonus dan manis hahaha. Saya suka Ali sebab dia dingin dan rambut panjang.  Jadi  saya akan terus suka mereka berdua dan melting dengan mereka dan tonton filem diorang sampai sudah. Saya nak pergi gig. Saya suka kyoto protocol. Walau saya tak beli album depa dan tak juga hafal semua lagu depa. Tapi saya suka kyoto protocol. Tab saya ada gambar depa. Saya suka Fuad. Saya nak pergi gig sebab saya nak jerit dan hanyut dengan  muzik yang kuat. Saya kuat tidur. Tapi saya ma...

travelog

tahun ni masuk tiga tahun aku kat situ dan aku masih tak jumpa apa yang aku cari dan aku sendiri tak tahu apa yang aku cari maka... aku rasa dah tiba masa aku lanjutkan pencarian. ke  tempat yang lebih luas. mencari apa yang aku cari.. travelog. doakan aku. solo? kena perlu double.

excitment yang hilang

nak menulis kena ada jiwa kalau mendatar. merapu tanpa jiwa bila kau baca kau dapat rasa hambar. sebab tu kalau kau perhati itu pun kalau kau memerhati aku menulis bila keadaan aku huru hara sedih kadang gembira aku tak akan semata duduk depan komputer lalu menulis menulis bukan hobi menulis itu habit. dan bila kau tak faham yang aku tulis ketahuilah aku sendiri tak tahu apa yang aku tulis dan kini waktu ini aku tulis sebab teman bercerita sudah tiada err mungkin kurang keberadaan. aku kena belajar untuk berbicara sendiri maka bila kau lihat sumbang jadi kau abaikan aku pun tak tahu keadaan ini sampai bila banyak benar yang aku ingin cerita sebenarnya tapi entah... bila baca cerita itu mendatar aku keliru di mana permulaan klimaks dan pengakhirnya jadi aku simpan sahaja. pencuri jiwa pulangkan kembali mungkin aku boleh hidup sendiri tapi bukan begini. excitment itu di mana

eufa euro 2012

Image
eufa euro 2012 aha! its family lepaking time.. or maybe aku-ayah lepaking time haha kau tengok sesi tarik muncung ibu dengan akak akan bermula si bulat tu hanya tahu arena bola sepak cuma melibatkan indonesia dan malaysia. haha aku tak ada feveret  sebab yea... aku mengaku yang aku layan sebab teman ayah je end up aku yang tengok game sampai habis dan ayah tidur =.=' anyway better layan bola dari layan si bulat dengan mickey mouse mengira kelopak bunga dan ukur tali leher polkadot ungu.. hell! okeh blah. ibu dah bersuara padu menembak jiwa aku perlu menjauhi komputer riba ini seketika lebih lama.. heh... melayan sokerleaks sedap jugak nieh.. pengkritik yang betul-betul kritik terhebat di arena bola. p/s: awek-awek hangpa sabaq la na... scene sentap mengadu kat facebook bermula tak lama lagi ouh mungkin akan melibatkan cipcip burung. hahaha.... u with all ur girly things.. then let them with all their ball game.. haha..  meneutr...

sesuatu

seringkali yang menjadi topik tulisan aku di laman hina dina ini tentang aku. tentang awak tentang mereka tentang yang aku terlihat dan terfikir datang secara automatik. tapi.. macam kaku kekok aku hari ni saat ini ketika ini mencongak punca.. korek kelebet. selebet kelepet. mungkin ibu idea aku sedang bercuti mungkin melarikan diri. ha ha ha nah.. aku sudah tahu puncanya. puncanya pagar yang dibina sekeliling idea di tahan di jaga di tapis bimbang terlepas dan lara. kunci pagar yang dipegang oleh orang yang dah hilang. ini sesuatu. memang sesuatu. aku tak suka mencari dan aku tak suka menunggu aku lagi tak suka kehilangan dan dihindari hari ini semalam itu datang lagi cuma beza ia sekadar mimpi "I used to think that being nice to people and feeling nice was loving people. Now I know it isn't. Love is the most immense unselfishness and it is so big I've never touched it." Florence Allshom   ah!!!! sumbang benar kata-kata hari i...

langkah

Image
jari jari aku ini gatal ingin menulis tapi otak aku tak berkerjasama. jadi mungkin editing boleh mengubati malang.. berdua tiga jugak gambar gagal beri kepuasan kau lihat sahaja gambar di atas aku gagal mencerna ayat yang lebih gramatis mungkin khamis hari kurang kata-kata aku ha! ha! ha! bye! penipu aku kata kalau aku kata tak rasa apa-apa lebih dari terasa. tapi apa boleh buat hidup perlu diteruskan. terus melangkah mungkin engkau dinanti di hadapan...

sang pemimpi

Image
err... wordless wednesday? semalam telah pergi. esok belum tentu. hari ini saat ini tidak pasti. terlalu banyak untuk diaksarakan sang pemimpi anyway its thursday

ini dia aku.

Image
menulis tanpa henti kadang keras macam batu duduk tak buat apa-apa marathon tonton cerita jepun menulis lagi marathon buku berlambak-lambak muzik jalanan melodi entah apa-apa lagu pekik lolong bingit bergantung pada situasi asaimen dengan butterfingers, monoloque exam dengan b'z study dengan adele dan yamapi gila dengan avril jiwa dengan segala lagu puisi bawah tanah underground bait aksara yang kadang otak boleh terima ratus-ratus untuk dadah ketagih pantai dan kamera analogue fisheye film tak bercuci benq cikai bateri mati ipod muzik sama note untuk nota contengconteng untuk menconteng muka tanpa secalit tepekan kimia penipu penampakan selebet berselipar jepun  meneraju bandar berpeleseran melihat memerhati memikir apa yang boleh dizahirkan dengan tulis membaca dan memikir kaitan dengan dunia fiksi tempat penyorokan paling sempurna ketawa pada yang benda lawak tahap sederhana menangis sengaja  marah dan ketawa t...

grilled chicken foldover mainstrem

4, 5 tahun dulu hari jumaat hari di nanti tiada kelas tambahan berbaris menaiki bas (ini tipu) berjuang untuk mendapatkan tempat dalam bas usang sarat bagai bangla berebut ke ocean melaka layaknya bersama teman. duit  belanja seminggu itu aku selit rapi dalam poket kadang-kadang di selit pada dompet panjang jeans dengan rantai besi. perjalanan 30 minit jika bas itu sarat bagai mahu terbalik menghampiri lampu isyarat berdepanan bank dan berseberangan bangunan kedai berhantu loceng ditekan. jika baik mood si pemandu maka berhenti bas kurang sarat itu di tempat yang diidamkan jika si pemandu bergaduh dengan bininya maka akan ke depan lebih dari lampu isyarat dan jika pemandu lelaki itu datang bulan langsung tidak berhenti melepasi dua lampu isyarat belok ke kanan dua kali u-turn dan sampai ke hentian bas waktu itu bagai mahu ditendang dipancit bas sarat mahu terbalik itu namun jasanya banyak.. yang perlu ditendang dipancit bukan bas tapi pemandunya maka beriringan a...

sapa punya keje

Image
aku nak tanya ni sapa punya keje nie? share kat facebook.. eh.. aku tak marah.. nak cakap terima kasih.. bertambah jugak trafik. kalah time aku update hari hari setiap jam... nampak sangat aku ini diambil berat ramei betei cari part sensasi..

sebab marah

marah itu unik sebab marah muka boleh merah sebab marah air mata boleh mengalir sebab marah makan boleh tak selera sebab marah perut tak reti kenyang sebab marah besi boleh bengkok sebab marah boleh ketawa sebab marah boleh gila sebab marah dirimu begitu berharga dan.. sebab marah juga mungkin... broadband ini akan patah.. sengal.. time ni la nak main hidup mati hidup mati tak tahu gamaknya terketar-ketar badan ni nak online

untuk kau... ini betul betul.. err.. patah hati? kah3

Image
post aku tag kau remove tag gambar aku tag kau remove tag. ha ha ha sama.. sebiji.. sama... sebiji! serupa.. oke benda kecik apa ada hal kan? tak adil aku nak bandingkan hari ni dengan semalam mungkin dulu kau rasa tag aku tak ada apa-apa sekarang mungkin kau rasa macam entah apa-apa. eh tak apa..  aku dah biasa. aku dah sedia. cuma terkilan target empat tahun untuk diselesaikan tak habis. ada 2 tahun setengah lagi.. salahkan aku salahkan aku gagal dengan garisan yang aku lukis tu aku sangka kita rapat eh tidak rupanya. eh hati aku salah lagi teng teng teng bodoh sangat hati ni. dah tak perlu ingat sudah.. patut mesej dalam inbox yang aku simpan mesej kau setahun dua tahun dulu  terpadam dia nak bagi hint aku padam kau terus rupanya. dah la.. aku dah letih.. bosan pun ya jugak.. cuma aku benci dengan tindakan yang aku tak tahu motif aku ni menjengkelkan agaknya.. hahaha mana ada jengkel.. sengal je sikit sikit. ...

orang kenal aku pasti tahu

orang yang kenal aku pasti tahu aku tak keruan begini update dan tulis banyak kali pasti ada yang mengganggu emosi. orang yang kenal aku pasti tahu ada yang aku nanti. aku rindu aku rindu dulu aku rindu lagi. bawa aku pergi.. mari berimaginasi ya aku manusia suka lari duduk berjalan tidur yang aku nampak itu sama dalam ramai semua bagai riuh kecoh ingatan itu masih kuat. tak sedikit sixth sense menyampai? harus macam mana lagi? orang yang kenal aku pasti tahu apa yang aku beritahu apa yang aku rindu p/s: malam ini panas mungkin nak hujan gamaknya..

cerita

dah lama saya tak bercerita.. apa akan jadi selama-lamanya kita tak akan bercerita? saya masih cuba untuk faham keadaan ni. bodoh! kalau aku boleh bagi tahu yang ada dalam seketul daging tu engkau. kan puas? tak bagitahu pun kau dah tinggal aku sendiri berambus! ya aku yang kena berambus. p/s: otak tak berapa betul penangan berjalan jauh benar... flu.... fever

fiksi

bagus betul line tenet ni.. tahu apa aku rasa gamaknya jadi dia gilakan coverage. nak meloading boleh tahan lambatnya terima kasih line tenet. moga aku tidak tegar untuk menconnectkan dikau lagi perit juga mulanya takpe moga aku terbiasa.. sudah lah aku nak pergi mencari ingatan kembali pada pasword twiter yang hilang dem jugak rasa dia... sehari senaskah buku? ya sudah lama mengenepikan mereka. fiction is a way to has another life

tanya

ibu cakap angah (cazen) aku tanya aku dah ada sesiapa? ibu cakap entah dah ada agaknya. angah suruh ibu risik tanya. ibu cakap aku tak perlu tanya nanti sendiri cerita. aku hanya ketawa. sebenar aku pun nak tanya ibu cerita sekadar cerita atau sebenarnya ibu nak tanya yang angah suruh tanya? ha! ha! ha! aku jawab tidak kalau angah sediakan calon. ha! ha! ha! lagi. calon yang ada dekat rumah tu dua tiga kali jumpa ada juga aku usha dia boleh tahan sedap di mata makin menjadi pula sekarang. yang pasti berbeza otak boleh tahan gila. kenen dia ya nanti aku jawab tidak. dah kenapa pulak sampai ke sini ceritanya? hanya nak uar-uarkan ibu cakap angah tanya. kenapa tanya? mungkin aku dah besar agaknya. ah 10 tahun dulu pun aku memang dah besar. hati belum milik sesiapa baru hendak di masukan sudah menolak keluar. eh ini bukan iklan penjualan hati. cuma ingin bagitahu sudah berhenti. untuk soalan angah tanya jawabnya,, tunggulah nanti.... aku mahu ke luar neg...

ESCAPISM

Image
ESCAPISM WITH FICTIONIST