bukan angan
kira-kira 8 tahun dulu aku dipanggil berdiri depan kumpulan anak anak baru kenal dunia baru zaman mendewasa tahap pertama disuruh aku kenalkan diri. ah menyampah! untuk apa dipanggil kehadapan untuk diketawa? melangkah saja aku mula sudah ada suara sumbang bingit. ikut hati membara muda mahu aku suapkan satu persatu dengan tempat duduk plastik mereka tapi aku anak baru jadi masih banyak perlu disimpan aku pendekkan cerita dengan lagak selebet aku kenalkan nama diberi ibu ayah asal klise? ah ye.. rutin bosan ditanya apa cita-cita dengan yakin senyum aku kata penulis ouh mahu nampak lebih hebat penulis novel.. penulis novel itukan asing bagi anak-anak mentah itu.. jadi aku itu nampak gah.. cuma itu hanya pada aku pada mereka disambut ketawa berdekah.. sialan! jadi ini aku lebih dewasa... maka aku akan tunaikannya akan aku panggil kamu semua.. eh mana si pengketawa nah aku buktikan aku ini bukan mat jenin dengan angan-angan. moga DIA izinkan.. ...