Posts

Showing posts from August, 2011

buzzer beat

to be in love not to hope something from them but to give something for them. if u cant thats mean ur love is for anyone else... coz love is not about acceptance but love is about completeness a things imperfect in both hearts.. its not to be perfect but to give the best for the perfect happiness. where u can still love them even they got nothing but only their love to u. subete shiru no wa toutei muri nanoni... bokura wa doushite never give up till d end

ganbatte!

Image
hidup adalah tentang perjuangan. berjuang menjadi lebih baik dan menjadi extraordinary. berbeza, rare dan tak klise. ya berjuang. ya lebih baik! berusaha! koun!! ganbatte ney! asaimen .. ujian.. exam.. aku tak nak kegembiraan kepuasan itu singgah untuk sekali, aku nak berkali-kali aku nak selamanya. ya menghampiri mustahil tapi lebih mustahil kalau aku langsung tak cuba... dan ya berjuang! aku mungkin sama dengan kamu juga kamu. kerana hidup ini adalah peniruan dan adaptasi macam teori pembelajaran bandura. dan hidup ini sebenarnya sama aku dan kamu kerana kita hidup dalam masyarakat dan mengamalkan budaya yang sama supaya tak dikategori sebagai golongan deviant. tapi ya aku masih mahu ada yang berbeza walau sedikit. ..wiTh Love..

kisah kita berbeza

Image
bila seseorang datang hulurkan bantuan atau memberi pandangan atau cadangan atau nasihat jangan pernah kau cakap yang dia tak tahu apa yang kau rasa. bila seseorang cuba hulurkan bantuan, memberi pandangan atau penyelesaian, jangan angkuh berkata hanya kau mengetahui dan kau telah lalui pelbagai dugaan yang tak semua orang lalui atau rasa, sebab........ kau sendiri pun tak tahu apa yang orang tu rasa. kau jugak tahu sebesar mana dugaan yang orang tu lalui. kalau kau rasa kau miskin ada yang lebih miskin. kalau kau rasa kau kaya ada yang lebih kaya. kalau kau sedih cinta berbalas kau patut bersyukur yang kau bukan mangsa kekasih curang. jika kau kecewa dikecewakan kau patut bersyukur kau tak dibunuh oleh kekasih yang cemburu. paling mudah jika kau kecewa tak dapat kasut baru untuk raya kau sepatutnya bersyukur sebab ada orang yang tak punya kaki untuk dipakaikan kasut. jangan kau terlalu bongkak dan angkuh dengan menyatakan hanya kau merasa penderitaan. sebab penderitaan itu ujian...

karipap-karipap tak berapa cinta

Image
ni ha karipap-karipap yang true cinta.. gambar atas nie adalah 1/3 daripada saiz sebenar karipap nie.. giler besar. dan sedap.. hari ni aku agak membazir. ouh setan.. setan.. ni mesti ada yang terlepas. cis. ouh aku nak tunjuk ni je. benda yang boleh ditayangkan dekat sini ahahha... nasib karipap-karipap cinta tu dah nak release kalau tak aku suh diaorang pakai karipap nie. baru betul cinta ahahahahah k weyh aku nak berpeleseran kejap.. kalau rajin aku update review buku ada dua tiga dah ambik gambar. ayah saya sangat sweet sebab give me wake up call hari-hari untuk sahur. ibu saya sangat caring sebab risaukan juadah buka saya msj tanya apa saya buka hari-hari, akak saya sangat penyayang sebab selalu update dia makan sedap kat rumah... cis! ahaha saya sayang mereka jantung hati saya walau satu dunia bencikan saya tapi saya tahu mereka ada =) ouh lupa saya juga ada tuan puteri yang bulat dan kuat membebel. alhamdullilah... =) ..wiTh Love..

pendidik, pengajar, pemodel untuk modal insan negara

Image
sebagai seorang pendidik seseorang itu perlu lah tunjuk kan yang dia tu pendidik. pengajar pemodel untuk modal insan negara. bagaimana kitaorang diprovokan dengan nilai-nilai murni yang kononya perlu ada dalam diri setiap insan bergelar pendidik pengajar atau pemodel untuk modal insan negara. cakap tak supa bikin. dari sekolah rendah sampai sekarang sekurang-kurangnya aku akan listkan seorang pendidik, pengajar atau pemodel untuk modal insan negara yang wajib dipangkah. benda yang dia buat aku simpan dalam-dalam semat kemas2. first sekali peraturan yang diaorang perlu tahu jangan pernah lepas geram benda lain pada student. itu sudut menjatuhkan penghormatan student pada anda second jangan mengherdik student or said something memalukan tentang student tu pada kawan dia yang malu dowh. ace cuba kau yang kena. its feel great? perhaps sebab kau tak ada perasaan. jangan asyik nak menang je weyh sebab kau manusia biasa thats mean kau pun ada salah. so terima kesalahan kau tu. if ka...

henshin!

Image
header baru tiada lagi wajah aku menepek. shoutbox aku dah buang sebab ramai penipu menyemak kat situ. and aku dah ubah warna semua jadi putih sebab simple walau tak ceria. tapi tenang walau tak menarik. and seperti yang dijanjikan aku dah tambah sidebar novel terbengkalai. banyak dah tulis tapi x sempat nak upload kat sini.. tunggu lah nanti. oh lupa. kejap lagi aku tambah sidebar review buku plop. aku tak sihat ni. rasa demam jalan macam zombie. tapi petang ni nak gi kuar bazar nak beli kepsi. aku rasa macam hodoh je rupa blog ni. ah biar je lah dak aku malas nak tukar kalau rajin minggu depan aku touch up. sekali lagi kalau rajin ..wiTh Love..

resipi buka puasa diet budget untuk student

Image
tips berbuka untuk yang diet tetapi mementingkan penjimatan. meyh sini aku share sikit. kauorang nak percaya tidak aku pun tak yakin nak percayakan kauorang ha3 bergantung pada badan masing-masing.. baiklah puan-puan mula-mula kita pergi kedai eh aku lupa nak cakap untuk student sahaja. yang duk rumah tu nk cuba boleh jugak suka hati. tapi resipi ni memang special aku dedicate untuk student oke titik! sambung.. sambung.. memula pergi kedai kau beli maggi yang bihun tu. mamee ada murah sikit kalau kau kaya nak mahal beli la pama. opp.. opp.. sabar2 orang cerdik pandai selalu kata maggi tak elok untuk kesihatan bla.. bla.. ace cuba sabar biar aku sambung dulu oke. diam. lepas tu kau pergi cafe kau beli sup sayur. kalau kat tempat aku ni sup sayur ada bebola ada hotdog fishcake. selera lah jugak. ala ala makanan vegi. agak-agak dah nak buka puasa kau pergi masak air lepas tu masak bihun tu. bila dah lembut bihun tu kau buang air dia. sebab akak aku kata. sekali lagi akak aku ka...
Image
giler mengantuk tahu? aku nak tidur walau sekarang ni lepas asar. tak tahan tahu? berat gila dah mata ni. oke la pape aku cerita nanti. a lepas ni rasa nak buat renovation kat blog nie. menyampah pulak tengok gambar aku ditepek kat header. macam pompuan gedik je. ha line dah mula buat gila nie mencarut nie. tak pe tunggu lepas buka. ya aku simpan. hujan turun tak berapa lebat angin menggoncang kuat guruh berdentum kilat memancar. bagai mendodoikan aku untuk tidur. dah.. dah nanti cerita. cara untuk menyeksa orang yang membenci mu ialah berterima kasih senyum dan kelihatan senang tenang serta tidak terusik dengan kebencian mereka. aku yakin mereka sangat terseksa. macam syaitan jugak lagi kau sabar lagi dia sakit hati. ..wiTh Love..

gila buku tu bukan gila mental

Image
selamat malam dah balik ke tempat ni ouh rasa malap! tak puas lagi duk umah dah lah aku nak out nak habiskan the last lecture by randy pausch aku rasa dah habis tapi macam nak review balik lepas tu nak habiskan tuesday with morrie oleh tak ingat nanti nengok balik. weyh2 nanti pergi kat sini-> http://akuadebuku.blogspot.com/ lepas tu follow oke. then kau akan rasakan yang buku bukan untuk budak skema je.. ha3 list untuk review matanya teleskop hatinya kapal dalam botol kaca- suffian abas sperma cinta - linglung bogel menuju tuhan - zahiril adzim nyaman si puding roti the last lecture - randy pausch tuesday with morrie that's that koleksi puisi dwi bahasa. itu je la kot ada lagi sebenarnya tapi nanti lah. ni ha nak buat review asaimen jadah esok nak antar draft tapi tak print lagi. anyone help? dah lah selamat malam juadah buka hari ini sangat menyelerakan. nyum. nyum esok kembali kepada rutin biasa. damn! ..wiTh Love..

love is cinta

Image
cinta boleh menghidupkan dan mematikan. ya mati jiwa bagi yang meletakkan hidupnya semata cinta cinta boleh seorang itu percaya pada dongeng dan lagenda ya macam cerita love is cinta. seorang yang dah mati anggotanya boleh masuk tubuh orang lain yang bunuh diri. diberi tempoh untuk bersama keluarganya dan meluahkan cinta kepada orang yang dicintai di tempat mereka selalu bertemu kemudian masa tamat dan dia di tarik naik ke langit dan hilang. ah dongeng romantis buat orang menangis dan aku ketawa. jadah! cinta boleh buat orang gila dan siuman gila bila terbayang-bayang melayang-layang. cinta boleh buat orang kaya dan miskin. ya aku tidaklah sampai tahap miskin tapi sedang berkurang kerana cinta aku pada buku buat aku kering sekarang. hahaha pinkteeth bebel2 suh aku benti beli buku.. ish.. jeles letteew.. ahahha sebab buku aku baca dia tak baca. ya dia belum cukup matang untuk faham wakakaka lah pagi2 pun line giler ate geramnye aisyh. k la mahu tidur sebentar then bangun nak siapkan d...

rumah

Image
sepertinya aku ini jalan yang kosong. sepertinya aku ini kaca yang bolong. sepertinya aku di paksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tidak berkebumi. sepertinya tidak akan ada sesiapa yang sudi menemaniku sampai pagi. -sepertinya .. fynn jamal..- melayan lagu ni. dua tiga hari ni.. seronok jugak pi cari youtube nengok video dia.. nak share kat sini tidak lah hamba. sebab nanti berat aku nak load page ini. dalam bas perjalanan balik ke kampung halaman.. kampung? ah apa-apa saja lah. gila aku rasa lapang.. walau keserabutan berlaku sebelum pulang tadi. keserabutan.. asaimen. biasalah kata last minute punya kerja adventure kan. well rasakan. aku hanya nak cakap aku balik rumah.. dan.. dan aku rasa bebas lapang puas. lepas. terbang melayang. gila perasaan yang aku giankan dalam dua minggu nie. balik jugak! hoh. dua minggu tak balik makna dua minggu tak tengok dunia luar. tak tengok jauh ke luar hadapan. bebas dan luas. ..wiTh Love..

selamat malam

Image
video ana bentaleb dah private sigh! rugi tak download. lagu dia sedap. aiyaiyai. nyte selamat sahur. maka layan saja penggila muzik ini. aku nantikan waktu hadir di pekan frinjan. aku nanti aku tunggu! selamat malam. mari sahur. sahur apa? bangun sahur aku fikir. ..wiTh Love..

beruang kutub dan babi panggang

Image
seekor beruang kutub berjalan malas di tengah-tengah lapangan bongkah-bongkah ais. mencari makan untuk terus hidup. beruang kutub ingin makan babi panggang. tapi siapa yang mahu panggangkan untuk dia. tiada siapa. maka terpaksa lah dia menjadi vegetarian hanya makan cebisan glasier yang kelihatan lebih kurang ABC pak mamat hujung kampung kadang lembu. yang lebih itu ais yang kurang tu bahan. beruang kutub perlu berjimat kerana bisnes jualan ikan segar tidak laku. hari ini dia sudah tak nak makan cebisan glasier yang kelihatan lebih kurang ABC pak mamat hujung kampung kadang lembu. dia nak makanan yang lebih eksotik. kemudian dia ternampak kelibat segerombolan pemburu yang sedang memanggang babi. tiba-tiba hipotatamus dia melakukan tindak balas. medulla oblogata jugak otak dia yang kecil hampir tidak berotak itu jugak memberi signal kepada anggota badan. dia sudah tidak berjalan malas dan menjadi sangat rajin. dari jauh dia nampak pemburu mengawang-awangkan babi panggang dan tertawa m...

then she. then me actually. or then you?

Image
ouh aku letih semalam. gayanya aku ingin study dan melakukan kerjaan yang berpatutan dan berbaloi serta berfaedah. jadual di susun sekadar jadual. dah persis undang-undang yang sekadar undang-undang. ini bukan polemik. ya semalam beralih angin mengeluarkan peluh sambil mengisi perut. bertapa enaknya pengisian tanpa mengeluarkan sen mahu ringgit dari poket. terima kasih lecturer yang baik hati itu. ya tak perlu kenal rapat. tak perlu tutor juga mampu makan free. eh bukan belanja yang aku fokuskan tapi keikhlasan dan murah hati. ahaha yang penting syukur alhamdullilah sponsor untuk 2 hari. bagus jugak keadaan begini. psstt... definisi cinta untuk ZSM "memberontak menghentak itu minda bawah sedar walau sebenar aku suka. ya aku cinta pada hati-hati yang turut memberontak dan menghentak melihat aku tertawa saat mereka menusuk garfu ke pangkal jiwa. bertapa mereka itu insan yang patut dicintai kerana mencintai melihat aku terpelosok ke dalam longkang. aku cinta itu. aku cinta mer...

wanting what is wanting

Image
HEROIN on the way. ikat perut tak pe jangan ikat otak kepala dan minda. wanting to touch moon moon is high wanting to touch sky sky is nigh wanting to touch cloud cloud trails wanting to touch wind wind passes wanting to touch star star burst wanting what is wanting by: A.ghafar ibrahim 'wanting what is wanting' dalm buku that's that buku literature dwi bahasa. pinjam dari library tuh. tak ke sweet aku. padahal... asaimen nak antar jumaat tak berusik. ya.. muntoh! bye. nk solat selamat berbuka. ..wiTh Love..

HANYUT. ana B ft mamat.

Image
selamat bersahur. jangan hanyut! semua video ana dah remove tinggal video ni satu je. fans yg upload 4/8. aku harap yang ni tak diremove. ya. sebab ana superb! ..wiTh Love..

tajuk post ni. buka puasa atau buku eh? aaaa...anda mampu mengubahnya

Image
blurrppp.. alhamdullilah kenyang mahu tidak buka dapat sponsor hari nie. ahahah. si pinkteeth tu mengidam murtabak dah bape hari dia ngidam so mintak tolong anak ugik beli. mintak satu je. tapi anak ugik beli dua. free lagi tu.. ahahaha... terima kasih banyak anak ugik. please jangan speaking dah tak faham tak habis menuntut lagi. kalau dapat murtabak bembek kerambit mesti lagi best. ahahahahaha.... anak ugik kira langsai la eah.. nak makan kat cafe entah bila nie kira janji tertunai la nie. time kasih.... =) ouuh untuk cupcake beberapa bulan lepas juga terima kasih! ^_^ 'dek na megaga' cari google translate confirm tak jumpa. balik tanya ibu. T_T orang tanya sapa anak ugik. jawab je skandal baru up sikit traffic. ahahah padahal.... ya lah aku nak bagi mereka bertanya berfikir macam teori pembelajaran humanis cikgu bagi rangsangan or set induksi sikit je yang lain murid tentukan. ha.. ini baru namanya pengaplikasian pembelajaran. ah. lantak baiklah aku nak tidur dan bangu...
Image
baru balik usha page fb geng anti terfaktab and jugak geng anti fixi. seronok gila baca. geng frinjan. geng bawah tanah yang aku rasa superb gila. boleh dijadikan model. aku dapat bayangkan yang admin dua2 page mesti muka berdarah merah menyala kuar asap ikut telinga. mahu tak ayat geng frinjan ni bagi sangat sopan. memang terbaik. ya bagus jugak cara tu pasti lebih menarik dan adventure. ahahaha. kesimpulan.... contohi lah terfaktab dan fixi. erk? masing2 ada pandangan masing2 ye dak. info tapak kaki : terfaktab itu apa? sila taip di ruangan searh fb. fixi itu apa? jawapan sama dengan soalan pertama. hati aku hanya di beri kepada peniaga pasar untuk dijual dan duit itu kemudian di derma kepada masjid belakang pejabat pos. tapi hati alang dah kena blend jadi ice blended. aku simpati pada alang tapi tak pe mungkin hati ice blended boleh jadi santapan menghilang dahaga ketika buka puasa di masjid belakang pejabat pos. yang penting niat tu baik. ..wiTh Love..

thanx. thanx a lot!

Image
1 jam 04 minit beberapa saat. Rm 6 dan beberapa sen kredit dihabiskan. its worth for sharing a day with sahabat. how we missed that moment... something need to be planned in short time.. derita merindu dah lama ni. thanx JAZLINA syahrul thanx a lot! thanx pendy thanx a lot! thanx mel thanx a lot! thanx sinafamiely thanx a lot! thanx cikgu aniq.. thanx a lot! ..wiTh Love..

hati dijual peniaga pasar

Image
bla... bla.. bla... bla. bla.. bla.. bla.. bla. bla.. bla.. bla. blaaaaaaaa.... bla... bla.. bla. blaa.. bla. aku keluarkan hati. aku bagi kepada peniaga pasar tu. aku cakap hati ni dah tak berguna. jualah. untung nanti boleh derma kat surau belakang pejabat pos. boleh jugak aku rasa saham sikit. aku berjalan tinggalkan peniaga pasar tu dan berhenti di satu gerai yang entah jual apa aku tak perasan. aku melihat dari jauh. orang itu keluarkan pisau potong ayam. aku nampak kilat pisau tu dari jauh. dan tiap kali pisau mengena dinding hati. pedihnya tak terucap. aku hanya pandang. mungkin lagi pedih kalau simpan. aku berjalan dan berlalu dari situ.sejak itu aku hidup tanpa hati. mungkin dah terjual hati tu. mungkin duit jualan sudah diisi ke tabung surau itu pun kalau peniaga pasar tu seorang yang amanah lah. kalau tak apa aku boleh buat. mungkin duit tu dia dah beli susu anak dia kat rumah. ouh alhamdullilah hati tu berjaya isi perut anak dia. tak pun dia guna beli rokok. ya alhamdullil...

KAMI BUKU UNTUK FILEM REVIEWS

Image
buku tak habis baca tapi dah settle movie for second rounds. =) dulu masa first tengok umur aku 17 after 3 years. aku tengok cerita ni with different side of view. and im learn something else . something that i am not realise 3 years ago. masa mendewasakan. this books worth to buy. even dah tengok movie dia. why. i just can told u that its worth to me. hidup memang palat... tapi esok masih ada. yeah. kadang aku menjadi lynn yang berusaha sendiri melakukan apa saja untuk kesenangan untuk hidup. kerja dan kerja dan punya rahsia simpan sendiri kadang aku nak jadi abu. melakukan apa saja asal orang lain gembira. ego dicampak jauh untuk orang lain. dan kehilangan membawa rasa kekurangan. ketiadaan membawa kekosongan kadang aku menjadi Ali simpan semua dalam-dalam. diam-diam. tak betah dengan kritikan tak mampu melawan. dan simpan. kadang terasa seperti adi yang punya dunia sendiri. melihat masalah sebagai sesuatu yang menyoronokkan. tak pernah kisah tentang yang lain selain kegembiraan. dan...
Image
preparing for sinafamily punya majlis buka puasa, nana, mel, fadh dengan aniq balik. atif tak pasti lagi. ingat nak buat kat kelas sina. tapi macam dah teruk sangat keadaannya. perlu arrange kembali... adeh.. tugas diserahkan pada alin. wanita berkerjaya itu ahahaha. ouh ya pendy si tuan penasihat dah muncul kembali. encik chef yang sedang membulatkan diri sedang berehat di rumah. perlu uruskan pertemuan dengan kinah n anis bestfriends sekolah rendah 8 tahun tak jumpa. gilak dah macam jejak kasih. mereka sudah besar apatah lagi aku ye dak? ahahaha. ouh rindu zaman kanak-kanak ribena main nyorok-nyorok masa kelas malam. n classmate sekolah rendah nak buat reunion.. bagus jugak.. nak tengok macam mana rupa mereka. n sangat terkejut dapat tahu pasal syarizul yang dah pergi untuk selamanya. dah dua tahun. AL-FATIHAH... masing2 muka dah berubah kalau tak si afiq tu je la kot.haisyh rindu zaman budak-budak makan ice cream itik. jalan kedek-kedek. how manis. =) buka puasa sana. reunion sini t...
Image
kotak-kotak kaca pecah di hempas ke lantai. dicantum semula hodoh kelihatan hati-hati nipis hancur di cincang lumat dicantum kembali luka tak hilang jalan-jalan sunyi gersang hilang pandangan tiada apa pokok bisu rumput tuli dipijak ditebang di biar mati. ..wiTh Love..
Image
hujan rintik-rintik air bergelora emak bagi seposen ayah bagi seposen adik pergi sekolah. ate x ade keroje... ada banyak... tapi malas des nak buat. letih des... tadi pi buka kat luar.. kat depan maktab je pun.. tak pe janji keluar bosan jugop duk buka kat dalam je. hok3.. eh buku KAMI dah sampai ngeh3.. suke2.. uya distro ada buku baru. adeh... sabar2.. sudah lah line gila pakai beruk band pun tak guna wifi apatah lagi.. baiklah mari layan mr.brain.. takuya kimura itu kan mengancam.. ya bagus. panjat tangga naik ke langit nak kutip bintang satu dua tiga masuk poket. hujan turun tak nampak jalan pulang jatuh ke bawah dan bintang hilang. sakit dan kecewa. tak ada yang kekal lama dan sakit kecewa itu sekadar perasa. hidup perlu lalu jalan sukar supaya sentiasa bersedia menghadapi esok. selamat malam ♥ *feeling jadi sufian abas* ahahaha sekali lagi malas bagi tajuk. T_T